Habis Berjuta Tapi Business Merudum.“Itulah nasib usahawan kecil seperti saya,” Aliff Syukri Mengeluh,

Usahawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman berkongsi luahan hatinya di media sosial mengenai perniagaan resortnya itu.

Perniagaan resort beliau turut mendapat tempias apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Sedih yang sukar saya ungkapkan

Menurut usahawan kosmetik ini, beliau telah menghabiskan jutaan ringgit untuk membangunkan resortnya tetapi tidak sempat menikmati hasil keuntungannya sehingga kini kerana PKP 2.0.

“Siapa senasib macam saya?? Sedih yang sukar saya ungkapkan. Berjuta juta ringgit saya habis untuk menaikkan @sugehecoresort cawangan sungai buloh @sugeh.chalet.”

Begitulah nasib usahawan kecil seperti saya

 

 

“Baru nak merasai hasil daripada perniagaan ni. PKP tutup buka tutup buka, pelanggan pun takut nak datang kejap buka kejap tutup.”

“Dan yang paling menyedihkan cukai semua nak saya bayar gaji pekerja kau nak kena bayar kalau nak berhentikan kesian mereka begitulah nasib usahawan kecil seperti saya ini.”

Pekeja saya tak biasa kerja panas

Malah, para pekerjanya yang selama ini bekerja dalam ruangan berhawa dingin terpaksa melakukan kerja-kerja di ruangan sebaliknya bagi memastikan perniagaannya terus kekal.

“Pekerja saya yang tidak biasa kerja panas terpaksa membuat kerja panas untuk memantainkan perniagaan ni.”

“Bilalah nak habis dan berlalu Masik PKP ni, doakan cepat habis dan janga lupa untuk booking dan bercuti di sini sebabnya harga Resort bermula serendah RM 350 sahaja

 

Netizen keliru dengan status tersebut

“Sesiapa yang berminat untuk menginap di sini boleh booking 2 minggu awal, takut penuh tempah ini memang best sebelah sahaja dengan sungai.”

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang keliru dengan status tersebut kerana Aliff meminta orang ramai yang berminat untuk bercuti di resortnya membuat tempahan lebih awal iaitu dua minggu sebelum kerana bimbang resortnya penuh.

Sumber : Ig Aliffsyukri

Via Yoy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*