Semasa

Hael Husaini tayang banglo 3 tingkat. Sekali jiran dia komen, terkantoi terus apa Hael selalu buat

” Alhamdulillah… sebenarnya saya dah pun bekerja keras selama ini dan ini merupakan perancangan saya untuk membeli rumah saya sendiri. Rumah yang saya boleh buat studio sendiri juga.”

Itu kata-kata penyanyi dan komposer hael Husaini selepas impiannya untuk memiliki rumah yang mempunyai studio sendiri akhirnya tercapai.

Berkongsi foto kediaman baharunya di laman Instagram sekitar awal Disember lalu, rata-rata rakan artis teruja dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 33, berkata pembelian rumah tiga tingkat itu merupakan hasil kerja kerasnya sepanjang berada dalam industri seni.

Menurut penyanyi lagu Hati ini, dia akan berpindah ke kediaman tersebut pada tahun hadapan dan mendoakan agar orang lain turut dikurniakan rezeki untuk memiliki kediaman impian sepertinya.

” Sebab saya sentiasa menyimpan angan-angan untuk ada home studio. Jadi, akhirnya dah tercapai impian saya… Alhamdulillah, doakan saya supaya dapat miliki studio sendiri.

” Buat masa sekarang masih belum lagi berpindah ke rumah itu tapi mungkin sekitar tahun hadapan. Insya-Allah nanti saya akan buat video home tour dan kongsikan kepada peminat.

” Saya beli rumah ini dengan hasil kerja sepanjang dalam bidang seni dan Alhamdulillah… semuanya dipermudahkan.

” Saya pun mendoakan agar anda di luar sana juga dapat rezeki dan rumah idaman anda,” katanya kepada mStar.

Hael berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran lagu duetnya bersama penyanyi Haqiem Rusli dan Naim Daniel berjudul Lara di Hotel Chow Kit, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum ini, pencipta lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali itu meluahkan rasa syukur kerana akhirnya berjaya memiliki sebuah rumah yang menjadi impiannya.

Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan ‘suri rumah’, Hael mengakui dia mempunyai niat untuk berkahwin namun akur waktu dan jodohnya masih belum tiba.

” Sebenarnya kalau nak cakap soal jodoh ini… ikutkan hati saya memang nak kahwin dan esok pun saya boleh. Tapi ini soal jodoh… jadi, kalau saya nak marah atau persoalkan pun tak boleh.

” Sebab at the end of the day, kita kena bertanya kepada Allah juga. Kalau dah sampai jodoh dan waktunya saya berkahwin, Insya-Allah saya akan kongsikan berita gembira itu kepada semua,” ujarnya.

Jiran datang komen

Sementara itu, menerusi ruangan komen, bukan sahaja rakan artis yang tidak sabar mahu datang menjenguk rumah baru Hael itu, malah peminatnya juga turut meninggalkan komen.

Paling mencuri tumpuan komen dari seorang peminat yang difahamkan jiran Hael Husaini.

Menurutnya, Hael adalah jiran depan rumahnya dan disebabkan itu juga dia sering mendengar Hael menyanyi pada setiap malam. Boleh jadi ketika itu Hael sedang berlatih atau membuat recording.

” Alhamdulillah but will miss hearing u sing at night.. ok bukan stalker tp jiran depan rumah,” tulis Shasa.

Komen Shasa mendapat respon warganet lain yang mengatakan dia bertuah kerana dapat berjiran dengan Hael, malah dapat dengar ‘show’ percuma.

Hael turut dilihat membalas komen Shasa dengan memohon maaf kepadanya.

” Hahaha maafkan saya,” balas Hael.

” Tula.. hehee.. secretly i was very proud be have an amazing neighbour (saya sangat bangga mempunyai jiran hebat seperti anda),” tulis Shasa lagi yang mengatakan mereka masih berjiran cuma jarak agak jauh sedikit kerana Hael bakal berpindah ke rumah barunya itu tidak jauh dari kawasan itu juga.

 

Sumber: mstar dan IG Haelhusaini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *