Uncategorized

Nampaknya Ramai Rupanya “Mak@n Hati” , Hannah Delisha Kahwin

Khamis lalu, Hannah Delisha mengejutkan ramai apabila pelakon dan penyanyi mengumumkan pernikahannya dengan jejaka pilihan hati, Imam Shah yang juga merupakan pelakon dari Singapura.

Disebalik ucapan tahniah diterima pelakon itu, ramai ‘makan hati’ terutama peminat di kalangan kaum lelaki yang kcewa dengan berita tersebut.

Lebih lucu ada yang bertindak ‘unf0llw’ dan menyek@t Instagram Hannah gara-gara kcewa. Kata netizen lagi, tahun lepas Mira Filzah kahwin, kali ini Hannah Delisha pula.

Sudah merancang untuk berkahwin sejak lima tahun lalu, Hannah mengakui selama ini dia mengambil pendekatan untuk tidak berkongsikan kisah peribadi kepada umum. Hannah turut memohon peminat supaya mendoakan rumah tangganya dan terus menyokong kejayanya.

Sumber : Rotikaya

 

Sebelum itu : Alhamdulillah.. Tahu-Tahu Dah Kahwin. Kenali Suami Hannah Delisha.. Bukan Orang Biasa- Biasa

“Hannah Tunggu 5 Tahun Untuk Jejaka Impian”

Pelakon Hannah Delisha selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Imam Shah di Singapura. Berita gembira itu dikongsikan Hannah sendiri menerusi laman Instagram yang memaparkan foto dia bersama Imam Shah lengkap berbusana pengantin.

Malah, pernikahan pasangan ini tidak diketahui umum kerana masing-masing tidak buka mulut sehinggalah tarikh majlis pernikahan mereka.

Dia sangat menjaga privasi.

Memetik laporan Kosmo, pengurus kepada pelakon cantik itu iaitu Dura Aiman memaklumkan Hannah Delisha akan berkongsi kenyataan media secara terperinci berkenaan perkahwinan mengejut itu.

Macam saya cakap tak semua perkara saya boleh bercakap mewakili pihaknya. Bagi masa sedikit. Hannah dan Imam sudah rancang berkahwin sejak 5 tahun lepas.

Majlis dihadiri keluarga

Tambah pengurus itu lagi, majlis pernikahan pasangan mempelai ini hanya diadakan dalam skala kecil dan dihadiri oleh ahli keluarga sahaja.

Majlis berkenaan ringkas dan kecil serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat saja. Cuma, saya tidak boleh berkongsi lebih lanjut kerana pihak pengurusan tidak terbabit dalam perkara ini.

Kami dimaklumkan mengenai majlis nikah pada hari ini, cuma menurut Hannah, dia sendiri akan berkongsi butiran lanjut.

Sumber: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *