Harga cecah sampai RM539, ada peminat sanggup beli baju raya Neelofa & Hannah

Baru-baru ini, selebriti popular Neelofa membuat kolaborasi jenama miliknya Naelofar dengan pereka fesyen popular Alia Bastamam untuk koleksi baju raya tahun ini.

Kolaborasi tersebut turut menampilkan pelakon jelita, Hannah Delisha dan usahawan itu sendiri bagi menggayakan busana indah yang tampak mewah dengan warna kilauan emas.

 

Walaupun mengenakan hijab dan berniqab, ia bukan penghalang untuk mereka berfesyen dan kelihatan anggun dalam persalinan raya ini.

Meninjau ke laman web pembelian, rata-rata busana berkenaan berharga dari RM379 hingga RM549 untuk sepasang koleksi.

Busana digayakan Neelofa

 

Rata-rata menyatakan hasrat untuk membeli busana itu, malah ada juga menjadi antara terawal yang telah mendapatkan pilihan koleksi tersebut.

Saya nak beli…

Lawanya baju!

Dah beli, tak sabar nak pakai

Bukan biasa-biasa harga koleksi baju raya mereka! Bagi yang mampu, apa salahnya untuk menjadi paling menawan pada Aidilfitri nanti kan?

Sumber: Cari Forum , Instagram Naelofar & Neelofa

via ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*