Ibu tiri layan bak puteri, masak makanan kegemaran sempena hari jadi Aleesya

Bukan sekadar ucapan hari jadi, kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila turut mengadakan sambutan hari lahir untuk anak tirinya Engku Aleesya baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsi bapa Aleesya iaitu Engku Emran di laman Instagram dengan memuat naik posting terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis hari jadi anak gadis berusia 12 tahun itu.

Menurut Emran, isterinya telah menyiapkan pelbagai perancangan termasuk memasak menu kegemaran Aleesya iaitu briyani ikan.

Terima kasih semua!

Malah tidak terkecuali ibu kepada Aleesya iaitu Erra Fazira yang turut meraikan ulang tahun kelahiran anak tunggalnya dalam satu majlis sederhana di kediaman mereka.

Selamat hari jadi anakku!