“Idola, Tak Tengklng Anak” Kesabaran Dr Sheikh Musazphar & Dr Halina Dipuji,semasa sesi Fotografi Raya Keluarga

Isteri kepada Angkasawan Negara, Datin Dr Halina mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen kekecohan anak-anaknya sewaktu mengambil foto hari raya sekeluarga.

Menerusi laman sosial Instagram, Dr Halina, 40, memuat naik video tersebut untuk tatapan umum.

“BTS family raya photo 2021. Last Thursday, we had a family photoshoot for raya. “We had fun, kids will grow up and we can never get back this moment. Enjoy the chaos,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Menerusi video berdurasi lebih sstu minit itu, Dr. Halina dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang mengenakan sepersalinan pakaian tradisional berwarna biru gelap meminta anak-anak mereka duduk diam untuk bergambar.

Set fotografi menjadi riuh dengan gelagat enam kanak-kanak dan suara Dr Sheikh Muszaphar memberi arahan kepada anak-anaknya.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur melihat gelagat Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mengawal anak-anak mereka.

Malah, ramai yang turut memuji Dr Halina sedikit pun tidak meninggikan suara dan mempunyai kesabaran yang tinggi apabila anak-anaknya tidak mendengar kata.

“Sabar sungguh Dr berdua. Soya belum ada kesabaran yang tinggi like you both. Really respect,” komen seorang wargamaya.

“Idola! No tengking anak. Semoga soya pun diberi kesabaran sehebat doc,” puji seorang wargamaya.
“Haha i feel the chaos over there. You are a great parents doc. Cool mom also, kalau soya dah high pitch dah kat situ, tak fikir orang lain,” kata seorang wargamaya.

“Sampai ke sudah! Mommy still okay, daddy nak tukar kaler dah tu,” usik seorang wargamaya.

“Hahaha meriah sangat! Dah besar boleh jadi kenangan manis untuk Dr Halina don suami,” komen seorang

wargamaya. Sehingga kini, video tersebut mendapat hampir 600,000 tontonan daripada warga Instagram. Sekadar info, Dr Sheikh Muszaphar, 49 tahun, dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 10, Sophea Natasha, 8, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 4, serta pasangan kembar Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia yang baru lahir pada November tahun lalu.

Antara Kome-komen penggikut ig dr halina

 

Sabar Sungguh dr dan dato

This is super kelakar

Sumber : gempak / ig drhalina

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*