“Ingatkan IG kene hack, tapi Luluh hati Ku Non” – Berkenan Dengan Post Berpakaian “Tak Cukup Kain”

PERKONGSIAN foto terbaharu pelakon Nonny Nadirah yang berpakaian se.ksl di Instagram mengejutkan ramai termasuk rakan baiknya iaitu penyanyi Mila Jirin.

Resah melihat perkongsian tersebut, Mila, 34, memaklumkan dia terus menghubungi Nonny untuk mendapatkan kepastian.

Akui berasa sedih dengan tindakan sahabat baiknya itu, Mila atau nama sebenarnya Norsyamilla Jirin berharap Nonny tidak mensia-siakan hidayah Allah.

Mila berkongsi video kenangan mereka tunai umrah bersama.
“Semalam aku menggigil lihat IG mu… aku call mu, Alhamdulillah dapat bercakap dengan mu sekejap, aku sangat sedih Non. Sedih kenapa aku tak boleh ada tepi mu untuk dengar semua keluh kesah mu.

“Non, aku mohon jangan buat perkara yang bercanggah daripada perintah Allah. Non aku mohon, jangan sia-siakan hidayah yang dihadiahkan oleh Allah… Non aku mohon, lawan godaan syai.tan! Ramai sayang mu Non!


“Lepas cakap dengan mu, @nurhelizahelmi call aku, kami berdua sangat sedih Non! Jika mu sangat sayang persahabatan kita, Non tolong! Aku mohon, jangan sia-siakan hidayah yang dah Allah hadiahkan buat mu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mila berkata dia hanya menyedari mengenai perubahan yang dilakukan Nonny selepas menerima mesej berupa paparan skrin lnstagram daripada rakannya.

Menurut Mila, dia pada mulanya menganggap akaun tersebut digodam namun tanggapannya salah dan berharap rakan baiknya berusaha untuk berubah menjadi Iebih balk.

“Non semalam, tatkala @bismie_amer WhatsApp dan screenshot posting IG mu yang terbaru, aku 100 peratus percaya itu bukan mu! Aku cakap pada diri ku… IG mu kena hack ni tapi Non… Iuluh hatiku Non.

Perkongsian terbaharu Nonny yang berubah imej se.ksl.
“Sedih sangat sedih… aku rasa macam nak ke Sabah semalam juga jumpa mu, teman dengar apa masalah mu sebab aku tau, mu sangat balk! Anak yang balk! Non aku tahu mu pasti baca posting aku ini.

“Non ingat rezeki milik Allah. Usaha, ikhtiarlah cara apa juga selagi mana ianya halal dan mendapat keberkatan. Allah sedang uji mu wahai sahabat! Sebab Allah sayang, tolong kuat Non!

“Jangan terpedaya dengan syaitan. Terakhir kali, aku mohon dengan sepenuh hati, janganlah mu berubah kepada kehidupan yang lagha dan penuh sia-sia. Ramai yang sayang mu. Allah sayang mu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mila turut meminta orang ramai tidak menulis kata-kata negatlf yang akan memberikan tekanan kepada rakannya itu.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 32, gagal apabila aktres dan penyanyi itu tidak dapat dihubungi.

 

Sumber : Mstar
Mila turut berkongsi mengenai hubungan rapat dan kenangan mereka ketika bersama-sama ke Tanah Suci, Makkah dan Madinah untuk menunaikan umrah pada 2019.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*