Infomaklumat

Ini Cara Nak Daftar i-Akaun KWSP Secara Online, Tak Perlu Pergi Kaunter Lagi

Bagi pemilik akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pasti ramai yang mengetahui mengenai i-Akaun yang telah diperkenalkan bagi ahli atau mana-mana majikan membuat urusan secara atas talian.

Ianya lebih mudah kerana anda tidak perlu berurusan di kaunter KWSP yang pastinya memakan masa yang lama.

Bagi yang belum memilki i-Akaun KWSP, anda boleh mendaftar dan mengaktifkan akaun menerusi beberapa cara. Penjelasan oleh portal My Sumber seperti di bawah ini mungkin boleh dijadikan rujukan.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan i-Akaun bagi membenarkan ahli serta majikan membuat urusan secara dalam talian atau online sahaja tanpa perlu pergi ke pejabat KWSP.

Aplikasi mudah alih di telefon pintar ‘i-Akaun’ juga telah diperkenalkan pada tahun 2014.

Ahli KWSP disarankan memiliki i-Akaun bagi mendapatkan pelbagai kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan i-Akaun KWSP. Untuk pengguna pertama kali, mereka perlu mendaftar di cawangan KWSP ataupun Kiosk KWSP lalu mengaktifkan i-akaun. Setelah membuat pendaftaran, pengguna perlu mengaktifkan i-Akaun dalam tempoh 30 hari.

Apakah itu i-Akaun?

i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Mereka boleh mengakses i-Akaun di mana sahaja tempat yang memiliki capaian internet di peranti telefon bimbit atau di komputer.

Kelayakan Pendaftaran i-Akaun

i-Akaun layak untuk didaftar oleh Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah serta Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah (i-akaun Majikan).

Cara Mendaftar Dan Aktifkan i-Akaun KWSP EPF Secara Online
Berikut adalah cara dan langkah mudah bagi ahli yang mahu mendaftar dan memiliki i-Akaun KWSP.

Cara Daftar i-Akaun KWSP (Ahli)
Terdapat beberapa cara bagi membuat pendaftaran i-Akaun KWSP bagi ahli antaranya adalah:

1. Pendaftaran i-Akaun KWSP Menerusi Pejabat/Kios KWSP
Sila dapatkan ID & Kata Laluan sementara di pejabat / kios KWSP
Layari Portal KWSP; https://www.kwsp.gov.my/ atau aplikasi i-Akaun
Pilih Log Masuk di tab menu dan tekan i-Akaun (Ahli)
Masukkan No Ahli yang diterima pada ruangan ID pengguna dan tekan Teruskan
Masukkan Kata Laluan Sementara yang diterima menerusi SMS dan tekan Log Masuk
*NOTA: Pengaktifan hendaklah dilakukan dalam masa 30 hari pengguna menerima SMS
Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tandakan betul pada kotak checkbox dan tekan Seterusnya
Cipta ID pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna
Cipta juga kata laluan yang baharu
Seterusnya, pilih Imej Online
Sila isi Frasa Rahsia kemudian tekan Seterusnya
Skrin pengaktifan berjaya akan ditunjukkan sebagai paparan. Pengguna boleh terus login ke i-Akaun
NOTA: Selain hadir ke pejabat cawangan KWSP, ahli juga boleh mengunjungi Kios Pihak Ketiga KWSP bagi proses pendaftaran i-akaun. Boleh rujuk pautan panduan:

 

Cara Daftar i-Akaun di Kios KWSP (Lokasi Kios Pihak Ketiga)

 

2. Pendaftaran i-Akaun KWSP Menerusi Emel (Diperkenalkan Ketika PKP)
Muat turun borang daftar i-Akaun KWSP (Ahli) menerusi emel:
Borang Pendaftaran i-Akaun KWSP (Ahli) Melalui Emel
Lampiran Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang; dan
Gambar swafoto Ahli KWSP bersama MyKad; dan
Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit); atau
Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit bagi pengguna prabayar (prepaid)
Salinan buku / Penyata Akaun Bank Simpanan / Semasa yang aktif milik Ahli
Sekiranya pengesahan berjaya, ahli akan:
Menerima ID pengguna dan Kata Laluan sementara menerusi SMS bagi pengaktifan i-Akaun (Ahli)
Langkah seterusnya ahli perlulah mengemaskini kata laluan baharu
Lupa Kata Laluan i-Akaun KWSP
Sekiranya terlupa kata laluan i-akaun KWSP, boleh ikuti panduan yang disediakan berikut:

Layari Laman Web KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Pilih Log Masuk dan tekan i-Akaun (Ahli)
Tekan Lupa ID Pengguna/ Kata Laluan?
Kemudian, pilih bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja/ Kata Laluan Sahaja/ ID Pengguna dan Kata Laluan)
Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor KWSP
Tekan Permintaan TAC untuk mendapatkan Nombor TAC
Nombor TAC akan diterima melalui SMS, kemudian masukkan Nombor TAC tersebut ke ruang yang disediakan.
Cipta Kata Laluan Baru yang mempunyai kombinasi abjad adan nombor (contoh: zbcd9123)
Isikan Pengesahan Kata Laluan dan Tekan Hantar
Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran i-Akaun KWSP, boleh rujuk pautan di bawah atau hubungi KWSP di talian berikut:

Telefon: 03-8922 6000
Panduan: Pengaktifan i-Akaun (Ahli)
Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Sumber: My Sumber

Via siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *