‘You Ada Anak?’ Respon Azhar Sulaiman Selepas Anak Dikritk Terlampau Sks

Anak Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi menerusi video TikTok yang dihasilkannya. Sejak dari itu, dia sering kali mendapat perhatian netizen. Malah, kali ini dia sekali lagi jadi tumpuan netizen gara-gara penampilannya yang dikatakan terlalu seksi.

Susulan daripada itu, Azhar Sulaiman turut memberi respon kepada hentaman netizen terhadapnya itu.

Leona tampil dengan memberitahu pengikutnya di media sosial tentang warna rambut baharu yang dipakainya. Sebelum ini, rambut Leona berwarna rona jingga dan terbaru dia mengenakan warna merah jambu jingga.

Sebuah foto yang dikongsikan Leona itu telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial. Rata-rata antara mereka menasihati anak kepada Azhar Sulaiman itu untuk menutupi aurat kerana penampilan tersebut terlalu seksi.

Leona kena kecam lagi

Sementara itu, Azhar Sulaiman turut kelihatan memberi respon terhadap kecaman netizen melalui laman Facebooknya. Pelakon ini menyifatkan kekuatan iman tidak boleh diukur atau dinilai melalui etika pemakaian seseorang. Responnya itu turut disertai dengan contoh beberapa situasi yang berlaku di persekitaran untuk menjawab kecaman terhadap cara didikan anak tidak ‘islamik’.

Tambahnya lagi, setiap individu mempunyai ujian dan cabaran hidup sendiri.

Mak bapak tak ajar ke?

Dalam pada itu, terdapat segelintir netizen mempersoalkan sama ada ibu bapanya tidak menegur penampilan anak mereka dan menyifatkan cara pemakaian mengalahkan orang bukan Islam.

Sumber: Azhar Sulaiman, Leona

 

Via ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*