Uncategorized

Ira Kazar ditduh rmpas Syamsul Yusuf, suami Puteri Sarah?

Nama wanita yang dikenali sebagai Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar tiba-tiba menjadi perbualan dalam kalangan pengikut Instagram pelakon, Puteri Sarah.

Ia bermula selepas muncul komen seorang pengguna akaun @nur.afifah53 yang mempersoalkan penampilan Puteri Sarah meniru Ira Kazar.

Foto: IG

Malah, menerusi tinjaun Harian Metro di Instagram Puteri Sarah atau mesra disapa Sarah, komen yang ditulis pengguna akaun itu membuat persoalan adakah Ira mera.mpas suami Puteri Sarah iaitu pengarah, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah atau mesra disapa Sarah ketika dihubungi berkata, dia sudah banyak kali mendapat komen dan mesej peribadi (DM) daripada individu tidak dikenali dengan menggunakan akaun berbeza.

“Nama akaun berbeza-beza, cara dia komen dan gaya bahasa digunakan sama. Malah, seolah-olah tahu semua perkara yang terjadi antara saya dan Syamsul. Sedangkan saya tidak pernah kongsi kepada umum isu dalaman kami.

“Kami sekarang sudah tutup buku lama. Tahun ini adalah tahun baru untuk kami baiki hubungan. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.

“Jika dengan cara ini individu di sebalik akaun itu mahu menjatuhkan saya, ia tidak akan berlaku,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Sarah tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap individu yang melakukan provokasi dan memanipulasi isu masalah rumah tangganya dengan suami, Syamsul Yusof.

Sarah berkata, dia banyak menerima mesej sedemikian serta ugutan di Instagram tetapi enggan melayannya.

Dalam laporan sama, Sarah berkata, dia terkilan apabila masalah rumah tangganya terus diga.nggu pihak tidak bertanggungjawab dan dimanipulasikan. – CARI

 

Sumber: Harian Metro via CARI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *