JAIS Kerah 122 Anggota Mencari Sajat

{"source_sid":"CA25CE1B-D227-4AC0-BA12-077C72AC6875_1614242613170","subsource":"done_button","uid":"CA25CE1B-D227-4AC0-BA12-077C72AC6875_1614242613153","source":"editor","origin":"gallery"}

Memetik laporan Malaysia Gazette, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengerahkan kira-kira 122 anggota dan pegawai penguatkuasanya untuk mencari dan menangkap usahawan kosmetik, Nur Sajat.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata tindakan itu dilakukan selepas pihaknya mendapat waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam petang semalam.

Ia susulan kegagalan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menghadiri prosiding kes berpakaian wanita Selasa lalu.

“JAIS mendapat waran tangkap ke atas Sajjad petang semalam, jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita untuk mencari Sajjad di seluruh Selangor,” katanya.

Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat itu atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berpakaian seperti wanita.

Sajat didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

sumber : rotikaya

 

Artikel Sebelum itu :

“Saya tunggu juga Nur Sajat, tetapi dia tak datang. “ Akhirnya Mahkamah keluarkan waran terhadap Sajat

 

Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik, Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii terhadap Nur Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

 

Menurut sumber, prosiding hari ini dijadualkan jam 9 pagi untuk sebutan semula kes, namun kelibat usahawan kontroversi itu tidak kelihatan sehingga tamat prosiding.Dalam pada itu, peguam, Zuri Zabuddin Budiman ketika ditemui di luar mahkamah berkata, Nur Sajat tidak hadir di mahkamah pada Selasa, namun beliau diwajibkan untuk menghadiri prosiding pada tarikh baharu itu kelak.

Disebabkan itu katanya, prosiding kes ditangguh ke 1 Jun depan untuk sebutan semula kes.

“Saya tunggu juga Nur Sajat, tetapi dia tak datang.

“Pihak kami mungkin akan hantar mitigasi, tetapi belum dibincangkan lagi,” katanya.Selain Zuri Zabuddin, Nur Sajat turut diwakili peguam syarie, Ahmad Nazib, Azlina Che Hasan dan Amirah Zainal.

Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie, Atras Mohd Zain.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.

Sebelum itu satu rakaman video tular di laman sosial, memaparkan Nur Sajat menangis dalam keadaan bergari.

Beliau menerusi Instagram miliknya mendakwa, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seakan melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan kepadanya ketika proses siasatan dijalankan di Ibu Pejabat JAIS di sini.

Muhammad Sajjad, 36, turut mendakwa, dilayan dengan buruk dan digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri walaupun sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.

Dalam pada itu, JAIS mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap Muhammad Sajad.

Sumber : astro awani

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*