“Jangan nak drama Sangat hidup ni” Shiera kurang pasti status anxiety, depresi dihidapi Sharifah Sakinah

 

“Jangan drama sangat hidup ni!” – Shiera kurang pasti status anxiety, depresi dihidapi Sharifah Sakinah

PENYAMPAI Radio Sharifah Shahirah memberitahu dia kurang pasti mengenai tahap keseriusan masalah kesihatan mental yang dihidapi adiknya iaitu Sharifah Sakinah.

 

Ujar Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera, adiknya kurang berkongsi masalah peribadi kepada keluarga sendiri.

“Ini masalah awak, simpan dan selesaikan sendiri. Sakinah pun tak datang kat keluarga, dia suka buat hal sendiri.

 

“Dia dah besar kot, dia ada mental ke? Saya tidak tahu apa plan dia, dia nak buat apa dia buat… tapi kalau esok nak kahwin jemputlah saudara, ” katanya kepada mStar.

 

Pada 18 Mac lalu, Sharifah Sakinah berkongsi bingkisan video temu bual bersama pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi berkenaan masalah kesihatan.

 

Malah Sakinah memberitahu dia akan menetap di luar negara bagi menjalani rawatan penyakit yang dihidapi nya.

Artikel berkaitan:-

“saya merancang untuk tidak tinggal di Malaysia dan saya akan berpindah ke luar negara selepas ini” – Sharifah Sakinah.

Menerusi satu video rancangan bual bicara Hard2Heart yang dihoskan oleh Datuk Aznik Haji Nawawi, pelakon Sharifah Sakinah berkongsikan mengenai masalah kesihatannya dan bakal berpindah ke luar negara.

 

Menurut Sakinah, masalah yang telah dialami sejak beberapa tahun iaitu penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD kini agak teruk dan perlu menjalani rawatan khusus.

 

 

“Saya minta maaf sangat-sangat, saya nak anda semua faham yang kesihatan mental saya semakin teruk ketika ini.”

 

“Sebab itu saya merancang untuk tidak tinggal di Malaysia dan saya akan berpindah ke luar negara selepas ini,” katanya.

 

 

 

Dalam pada itu, Sakinah turut memaklumkan dia akan berehat seketika daripada dunia lakonan dan ingin memberi tumpuan kepada keluarga selepas drama terakhir lakonannya Aku Yang Kau Gelar Isteri tamat Isnin lalu.

 

Terdahulu, Sakiah mengumumkan sudah pun bertunang dengan jejaka dari Sweden, Michael Hansen dan akan berkahwin pada Mei depan.

Sumber : Mstar

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*