“Jangan s!asat saya please “, Awal Ashaari Akui Ikuti SOP, Hanya Tanggal Pelitup Muka Bila….

Umum mengetahui bahawa selebriti dan usahawan terkenal iaitu Neelofa baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama pendakwah Haris Ismail ataupun PU Riz pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Namun di sebalik keindahan majlis perkahwinan selebriti tersebut, terdapat netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan majlis sosial yang berlangsung ketika pandemik COVID-19 itu kerana dilihat gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal sehingga perkara itu mendapat perhatian pihak polis dan kini sedang dalam siasatan.

Antara yang turut hadir di majlis perkahwinan usahawan terkenal itu adalah rakan baik Neelofa iaitu pasangan selebriti Awal Ashaari dan isterinya, Scha Al-Yahya.

Menulis di ruangan kapsyen :

“Dalam jutaan bunga kat belakang tu, dua kuntum bunga yang paling cantik, paling wangi, dan paling berseri seri.

Satu bunga saya dah petik, satu lagi disunting Haris.

Lelaki lain boleh lah ambik bau bunga bunga lain yang masih banyak kat backdrop tu.

Selamat Pengantin Baru @neelofa & Haris.

Jangan siasat saya dan bunga Saya pls. Kitorang pakai mask sepanjang masa kecuali time nak ambik gambar dan makan Sebab kita takde langsir mcm pengantin ”

Selain mengucapkan tahniah kepada Neelofa dan PU Riz, Awal turut memberitahu bahawa beliau hanya menanggalkan pelitup muka ketika makan dan mengambil gambar, malah sempat bergurau berharap tiada siasatan dilakukan terhadapnya.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang terhibur membaca kapsyen yang ditulis oleh Awal, lihat reaksi mereka ini :

Aduhai kelakar lah Awal ni.

Sumber : Instagram Awal Ashaari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*