Jutawan bawa balik helikopter, bawa orang kampung ronda2

Dari seorang pengutip sampah dan kini menjadi seorang jutawan sama sekali tidak membuatkan usahawan berjaya Muhammad Azlan Al-Amin untuk melupakan siapa dirinya sebelum ini.

Peneraju syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd ini pulang ke kampung halamannya dengan memberikan kejutan buat penduduk kampung apabila mengajak mereka untuk merasai sendiri pengalaman menaiki helikopter miliknya.

Parkir depan rumah ayah

Dalam perkongsian yang dibuat di Facebook, Azlan telah memarkir helikopter di hadapan rumah bapanya di Terengganu.

Sebelum membawa orang kampung, dia telah membawa ibu dan bapanya terlebih dahulu menaiki helikopter untuk bersarapan pada awal pagi sebelum giliran rakan-rakan sekampung.

Pergi breakfast dulu dengan ibu ayah