K3s pvkvl gadis: Svspek sudah dit@han, p0lis syak rebut ‘pakwe’ punca gadvh

Selepas video beberapa remaja perempuan did@kwa memvkul seorang remaja perempuan tular di media sosial, pihak polis sudah menahan beberapa suspek yang datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanah Merah Kelantan.

Salah seorang dari yang serah diri positif d@dah

Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, enam remaja perempuan dan empat lelaki berusia 14 hingga 17 tahun tampil menyerah diri sebaik hebahan mengenai mereka dilakukan.

“Lapan daripada remaja itu masih bergelar pelajar manakala dua sudah berhenti sekolah dan semua tangkapan dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas keterangan selesai diambil.

“Seorang daripada mereka didapati positif d@dah jenis methampethamin dan punca perg@duhan disy@ki disebabkan berebut teman lelaki,” katanya ketika dihubungi.

Ketua P0lis Tanah Merah juga menambah bahawa kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi arahan lanjut.

Manakala kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 atas kesalahan mervsuh.

Jangan rakam, jangan post tapi tersebar

Sebelum ini, video menunjukkan tiga orang remaja perempuan m3mb3lasah seorang lagi rakannya tular di Twitter apabila dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial dikenali sebagai nabilfikran10.

 

Menerusi rakaman tersebut, terdengar salah seorang daripada mereka meminta tidak merakam ‘aksi g@ngst3r’ tersebut namun akhirnya tersebar juga.

Wajah ditularkan warganet

Wajah pelaku juga telah ditularkan oleh netizen di media sosial mengambil daripada tangkapan skrin salah seorang suspek yang memukul remaja perempuan yang menjadi mangsa belasahan mereka.

 

Sumber: Harian Metro (Siti Rohana Idris), nabilfikran10.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*