Uncategorized

Kaitkan Vaksin Dengan Kemunculan Dajjal, Individu Ini Terus ‘Disekolahkan’ Oleh KJ!

Semalam, Malaysia mencatatkan sejarah tersendiri apabila vaksin COVID-19 yang dinanti-nanti telah selamat tiba.

Pesawat khas yang membawa kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi semalam.

Pesawat MH604 itu dihiasi livery Jalur Gemilang membawa maksud, vaksin itu adalah untuk rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, di sebalik kegembiraan tersebut, tercetus pula satu isu mengaitkan ketibaan vaksin tersebut dengan kemunculan dajjal.

Semuanya gara-gara perkataan One World pada pesawat tersebut.

“Vaksin datang disambut seperti penyelamat umat. Sangat dashyat.

“Perkara yang terjadi hari ini adalah simbolik kepada yang akan terjadi seterusnya. Cuba fahamkan maksud dajjal akan datang membawa segunung roti.

“Oh, dekat kapal terbang tu ada tulisan One World, nampak?” kata seorang pemuda.

Enggan fakta tersebut diputar belitkan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin tampil kenyataan tersebut menerusi satu posting di Twitternya.

“Vaksin bukan dajjal dan One World adalah nama airline atau rangkaian syarikat penerbangan,” katanya.

Hujahan Khairy juga disokong pengguna Twitter lain dan ramai berkongsi fakta mengenai maksud One World berkenaan.

Rata-rata mereka meminta menteri supaya tidak melayan golongan yang sengaja menimbulkan kekecohan dan kekeliruan.

Untuk rekod, pesawat tersebut mendarat pada jam 10.07 pagi dengan membawa 312,390 dos vaksin COVID-19 secara keseluruhan.

Sebaik mendarat, vaksin dipindahkan dan ditempatkan dalam peranti muatan unit (ULD) dari bahagian kargo pesawat ke trak milik DHL Express. Proses itu berlangsung di kawasan Advanced Cargo Centre (ACC), KLIA.

Sumber : Astro Gempak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *