Kalau takut dosa, boleh keluar.” -Admin FB ‘Riak Apa Hari Ini’ Balas Kepada Ustazah Asma

Baru-baru ini, bertebaran di media sosial foto-foto yang terdapat di dalam laman Facebook Riak Apa Hari Ini. Meskipun baru sahaja ditubahkan tetapi sudah mendapat 137,800 orang ahli.

Namun, ‘group’ tersebut mendapat perhatian pendakwah bebas terkenal iaitu, Ustazah Asma Harun. Beliau memuat naik satu posting di laman Facebooknya dan ‘menegur’ agar admin kelab berkenaan menukar nama atau memadam akaun tersebut.

Gurauan yang melampaui batas!

Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan, perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan…
“… Jangan indahkan perkataan keji “Riyak” atas nama gurauan,” bidasnya.

Kalau takut dosa, bolehlah ‘left’

Justeru itu, nasihat yang tajam dan pedih itu telah menyebabkan admin kelab berkenaan tampil membidas semula dan berkata sesiapa yang takut akan dosa, dipersilakan keluar daripada kelab tersebut selain masih berkeras untuk mengekalkan nama kelab tersebut.

“Terima kasih yang update tarbiah daripada ustazah. Selepas berbincang kami akan kekalkan nama group. Cuma, pada yang rasa berdosa nak duduk dalam group ini boleh la left.
“Kami tak paksa ya. Pada yang tak boleh duduk diam nanti kena jilat api neraka boleh left ya,” balasnya.

Cari salah masing2

Selain itu, seorang lagi ‘admin’ juga tampil bersuara dan menyatakan tujuan ‘group’ itu ditubuhkan hanya sekadar gurauan dan bukan tujuan untuk riak,

“Kami para admin bukan daripada golongan bangasawan, jutawan, hartawn. Kami golongan terjejas juga dan masih berusaha mencari rezeki sesuap nasi,” tulisnya.

Sehingga kini, Facebook Riak Apa Hari ini masih menggunakan nama yang sama dan turut dibanjiri posting-posting daripada ahli kumpulan tersebut.

Sumber: Facebook Ustazah Asma Harun & Riak Apa Hari Ini

 

via ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*