“Kami Harap Pernikahan Ini Menjadi Satu Ikatan Abadi Yang Diberkati Allah” – Neelofa

Segala teka-teki mengenai majlis perkahwinan selebriti popular, Neelofa dan PU Riz akhirnya terjawab apabila pasangan itu sah bergelar suami isteri pagi tadi.

Tampil anggun dengan busana putih indah, Neelofa menjadi milik PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail dengan sekali lafaz.

Meluahkan rasa syukur majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka itu berjalan lancar, Neelofa dan PU Riz berharap ikatan perkahwinan yang dibina itu diberkati oleh Allah.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT. Insya-Allah,” ujar kedua-duanya.

Terdahulu, bibit-bibit cinta antara Neelofa dan Haris semakin mekar apabila mereka bekerjasama membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pertubuhan Kasih Neelofa Jun tahun lalu.

 

Alhamdulillah,Dengan sekali lafaz..Detik-Detik Manis Buat Hariz Dan Neelofa

 

Selepas hampir seminggu warganet ternanti-nanti berita pernikahan selebriti dan usahawan cantik, Noor Neelofa Mohd Nor, 33 dan pendakwah muda, Muhammad Haris bin Mohd Ismail atau PU Riz akhirnya pasangan ini sah bergelar suami isteri.

Neelofa yang masih mengekalkan niqabnya tetap kelihatan anggun dengan busana serba putih sedondon dengan PU Riz yang terlihat tenang sepanjang majlis pernikahan.

 

 

Akan nikah yang berlangsung kira-kira jam 11 pagi ini bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur bertemakan Jabal Rahmah dan para tetamu juga mengenakan pakaian serba putih bersesuaian dengan tema.

Neelofa telah dinikahkan sendiri oleh adiknya yang mewakili bapanya sebagai wali dengan mas kahwinnya sebentuk cincin.

Pernikahan pasangan ini juga turut disaksikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Al Bakri yang bertindak sebagai jurunikah.

Perkahwinan Neelofa dan Haris ini antara ‘wedding Of The Year’ buat golongan selebriti kerana menjadi salah satu majlis yang sangat dinantikan oleh peminat-peminat mereka.

Sumber: lofa.page

ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*