Semasa

Pekebun musang king Raub kawal ketat kawasan macam ‘konpem’ dia punya

Pencer0boh tanah kerajaan negeri Pahang di daerah Raub did4kwa mengawal ketat setiap penjuru kawasan dicer0boh termasuk sekitar simpang masuk. Perkara berkenaan didedahkan Pertubuhan Pembela-Pembela Islam Malaysia (PEMBELA) selepas meninjau kawasan yang dijadikan kebun durian Musang King secara haram itu.

“Melihat keadaan di sini memang menyak1tkan hati kerana setiap penjuru kawasan termasuk di setiap simpang masuk sekitar kawasan tersebut dikawal ketat oleh puak-puak pencer0boh tersebut.

“Gaya mereka mengendap-ngendap dan mengambil gambar secara sembunyi di setiap sudut tidak ubah seperti kita masuk mencer0boh kawasan mereka pula, padahal kita lalu di luar sahaja, jalan raya tempat awam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Naib Pengerusi PEMBELA, Ustaz Masrizi Sat, PEMBELA Pahang serta pimpinan veteran tentera negeri ke lokasi tanah yang dicer0boh di Raub buat pertama kali setelah pencer0boh mendapat kebenaran untuk terus ‘menduduki’ tanah itu oleh M4hkamah Rayuan.

Selasa lepas, M4hkamah Rayuan membenarkan permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub supaya menangguhkan notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Pahang sehingga rayuan mereka diselesaikan.

Panel tiga hakim dianggotai Datuk Yaacob Md Sam, S. Nantha Balan dan Datuk M.Gunalan membuat keputusan tersebut pada prosiding yang dijalankan menerusi aplikasi zoom. Menurut peguam Siew Choon Jern yang mewakili semua plaintif itu, M4hkamah Rayuan membenarkan permohonan untuk menangguhkan semua prosiding berhubung notis pengosongan sementara menunggu rayuan selesai terhadap keputusan M4hkamah Tinggi menolak kebenaran untuk semakan kehakiman.

Sementara itu, PEMBELA kesal apabila pihak berkuasa seolah-olah tiada keupayaan untuk bertindak berhubung masalah yang dihadapi.

“Malang sungguh nasib kerajaan negeri Pahang, Jabatan Perhutanan dan penguat kuasa yang lain dibul1 sebegini seperti tiada upaya padahal berkuasa. Sangat sed1h dan mengecewakan.“Anak kecil main api hanya tinggal lagu yang didendangkan dalam mesyuarat-mesyuarat agung sahaja nampaknya. 

“Namun, kita akan sedaya upaya memikirkan cara untuk terus lawan di atas platform undang-undang sehingga maruah kita terutamanya rakyat Pahang ditebus kembali,” katanya.

 

Kredit; ismaweb.net

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *