Semasa

“Bakpo ore kelate buat gini..” keluarga ini malu besar disangka gerai makan rupanya rumah kenduri

Kisah sekeluarga yang bercuti di Kelantan dan mahu menikmati masakan kelantan yang di sangkakan gerai rupanya rumah orang

YA ALLAH MALUNYA… BAKPO LA ORE KELATE BUAT GINI…

Nak dijadikan cerita, baru-baru ni kami bercuti ke Pantai Timur. Setibanya kami di Kelantan, kami terus mencari lokasi Homestay yang telah ditempah.. dalam penjalanan ke Nazaihomestay Kg Baru di kawasan Pasir Pekan, Kelantan,dari dalam kereta, kami ternampaklah orang ramai beratur untuk mengambil makanan di sebuah ‘warung’ ni. Saya cakap kat isteri, “mesti makanan kat situ sedap-sedap, sampai ramai orang beratur nak makan, ESOK kita kena try makan kat situ”…saya terus sebut menu-menu sedap di kelantan yang ingin dicuba pada ESOK hari…Dari jauh Keadaan kat ‘warung’ tu memang nampak meriah dengan pelbagai jenis lauk terhidang, lepas tu nampak macam ramai pelangan pula…

Esoknya seperti yang telah dirancang, setelah pulang dari Pasar Siti Khadijah, terus kami ke warung semalam, “abang nak try makan nasi kerabu kat situlah”,saya cakap kat isteri.

Sampai di hadapan ‘warung’, kami nampak ada 4 orang yang sedang minum… Dari bekas lauk yang terhidang, nampak dalam 5-6 menu yang terhidang, bekas nasi masih ada…’ok lah tu, ada lagi ni makanan’, fikir saya…

Keluar dari kereta, saya disapa mesra oleh salah seorang lelaki yang berada dalam warung, ‘abe, nanti check tayar angin kereta tu, macam kurang ja’.. ‘baik nak saya g kedai, check’, kebetulan angin kereta tu memang nampak macam kurang…

Kami masuk ke warung tu, anak-anak saya terus duduk di meja, sambil saya jeling-jeling ke bekas lauk…’wah, menu nampak sedap, ada ayam percik, kari kambing, sambal etok pun ada, fuh sedap ni”…

Kami duduk di meja yang belakang, berhampiran ‘pelangan’ tadi..isteri tanya anak-anak nak minum air apa, ketika itu ‘makcik kedai’pun menghampiri meja kami dengan membawa teh o satu jug, dan memaklumkan “kalau nak air panas, nanti mokcik suruh pembantu rumah mokcik buatkan”
Fuh…….

Aku mula tak sedap hati “tiba-tiba teringat kes orang yang makan kat rumah orang yang dia sangkakan kedai makan….
‘ni bukan warung ke mokcik?’, tanya aku..’bukan, ni rumah mokcik’… Hahahaha malu weh….tak sangka ia betul-betul terjadi…kami pun apa lagi, cepat-cepat mohon maaf dan nak beredar…

Tapi diaorang halang, rupa-rupanya, yang kami sangkakan pelangan tadi tu ialah ahli keluarga pemilik rumah…”make lah, ado rezeki, meme langkah kanan ni”… Kata pokcik pula…wei, perasaan masa tu tak tau nak cakap macam mana beb…aku pandang isteri aku, dia pandang aku…malu oo…

Mokcik tu panggil anak-anak aku, dia cedokkan lauk…aku asalnya taknak makan sebab malu, tapi diaorang jemput juga makan….

Maka berbuallah kami, diaorang kata, semalam yang ramai-ramai tu diaorang buat kenduri kesyukuran, jadi lepas solat Jumaat, siapa yang berkelapangan bolehlah singgah makan sebab nak pastikan orang ikut SOP…sebab tu ada banyak meja, tu yang nampak macam kedai makan tu…kebetulan meja2 tak kemas lagi hari ni, diaorang pun makanlah anak beranak kat luar……nak dijadikan cerita memang diaorang tak gunakan khemah macam kenduri biasa tu,meja disusun dalam kawasan rumah, yang memang nampak sebijik macam warung-warung yang dibuat berhampiran rumah seperti kat tempat aku…..

Apa-apa pun layanan diaorang memang terbaik, mokcik tu bahasakan diri dia sebagai Mama..sebelum kami balik, dia siapkan bungkuskan kueh mueh untuk dibawa balik….

Sepanjang perjalanan pulang, kami asyik bercerita tentang hal ni,macam tak percaya ia betul-betul terjadi kat kami…isteri pula asyik memuji kebaikan hati orang Kelantan…sampai dia kata nak cari menantu orang kelantan….erm….aku ingatkan ‘madu’ orang kelantan tadi….

Apa-apa pun orang kelantan memang Terbaik…hahaha kenangan awal tahun 2021…

 

Dari FB: AZAM MAHAT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *