Ibu Hakimin ceritakan kejadian sebenar dan detik akhir arwh sebelum bergegas keluar bantu penduduk pindah

” Sebelum keluar rumah tengah hari semalam, Mohammad Hakimin sempat makan nasi bersama telur goreng dan dia memberitahu berkejar masa untuk menyelamatkan penduduk selepas kampung mereka mula dinaiki air banjir,” kata Norazilah Mohamad, 46.

Norazilah adalah ibu kepada Allahyarham Mohammad Hakimin Rahim, 20, yang ditemukan Iem4s selepas terjatuh dari perahu ketika dalam perjalanan menghantar mngsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) dalam kejadian di Kampung Manjor, dekat sini, malam tadi.

Norazilah berkata, anak ketiga daripada enam beradik itu ringan tulang kerana suka membantu penduduk yang berada dalam kesusahan selain sanggup mengambil upah membeli barang keperluan penduduk yang terkandas setiap kali berlakunya banjir.

” Sehari sebelum penempatan kami dinaiki air, arwh yang baru saja balik dari bermain futsal terus mengejutkan penduduk apabila melihat air mula naik mendadak.

” Arwh meminta penduduk supaya berkemas untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang berdekatan.

” Sebelum kejadian pada malam tadi, arwh mengarahkan saya supaya mengemas barang dengan tergesa-gesa pada jam 5.30 petang.

” Dia kemudiannya membawa saya dan ahli keluarga berpindah ke rumah saudara berdekatan dengan menaiki perahu yang dipinjam daripada penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, dalam kejadian yang berlaku malam tadi, rakannya menghubungi untuk menumpang ke PPS berdekatan dan Allahyrham segera ke seberang untuk menjemput dengan mendayung perahu.

” Namun, ketika dalam perjalanan ke PPS, rakannya tidak menyedari kehilangan arwh kerana dia sedang mendayung perahu berada pada arah bertentangan.

” Sebaik menyedari arwh hilang daripada pandangan, rakannya cuba mencari di kawasan berhampiran, namun keadaan gelap selain arus air deras menyebabkan dia berpatah balik dan memberitahu kejadian yang menimpa Mohammad Hakimin,” katanya.

Norazilah berkata, suaminya, Mohamad Rahim Mohamad Yusof, 53, kemudiannya meminta pertolongan penduduk untuk mencari anaknya yang hilang itu sebelum menghubungi pasukan penyelamat.

” Dua abang kembarnya iaitu Mohammad Hafizi dan Mohamad Hapipi, masing-masing berusia 23, tetap menunggu arwh dari pagi sehingga Subuh sambil mengais dasar sungai menggunakan buluh sehinggalah dia ditemui pada pagi tadi.

” Saya juga terkilan kerana Mohammad Hakimin tidak sempat menghadiri temu duga sebagai anggota polis selepas dia membuat permohonan pada tahun lalu,” katanya.

Katanya, arwh akan dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Manjor selepas solat Asar pada petang ini.

” Kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan berdoa agar r0h arwh ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, m4yat mngsa dijumpai oleh ahli keluarganya di dasar sungai di tempat dia dilaporkan terjatuh dari perahu jam 8.30 pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mngsa tiba-tiba pengs4n lalu terjatuh ke dalam sungai sewaktu mendayung perahu ketika membawa dua penumpang untuk ke PPS berdekatan.

Mngsa dikatakan terlalu kepenatan dan mengalami kekej4ngan berikutan cuaca sejuk semasa membantu penduduk kampung sejak dari awal pagi sehingga malam.

 

Sumber: limauais.pw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*