Kerajaan umum keputusan tidak akan sambung PKP selepas 4 Feb ini. DG Noor Hisham beritahu kenapa

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara, susulan pelaksanaan PKP.

Sehubungan itu, katanya, PKP yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini akan disambung dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“PKP pada asalnya dijadual untuk dilaksanakan dalam tempoh dua minggu (sejak 13 Januari lalu) dan kesan pendekatan ini memerlukan masa.

“Justeru, kita lanjutkan sehingga Februari, tetapi kita tak nak panjangkan PKP kerana beri kesan terhadap ekonomi. Kita kena seimbangkan kepentingan ekonomi dan kesihatan.

“Kalau kita laksanakan PKP selama empat minggu, sampai awal Februari, ia kemudian disusuli PKPB bagi tempoh tiga bulan akan datang.

“Menerusi pendekatan ini, dijangka pada Mei, kita akan dapat turunkan kes (kadar jangkitan harian) kembali ke dua angka,” katanya pada sesi taklimat bersama media yang diadakan secara dalam talian, hari ini.

Terdahulu – Tempoh PKP di 7 negeri dilanjut sehingga 4 Februari, kedai makan boleh beroperasi hingga 10 malam – Ismail Sabri

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap tujuh negeri yang sepatutnya tamat pada 26 Januari ini, dilanjutkan hingga 4 Februari depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan berkenaan dibuat susulan perkembangan semasa dan trend peningkatan kes Covid-19 di negeri-negeri terbabit.

Tujuh negeri tersebut ialah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor, Kelantan dan Sabah.

Sementara itu dalam sidang media yang sama, Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk melanjutkan waktu operasi kedai makan dan restoran sehingga pukul 10 malam, bermula 22 Januari.

“Kita faham ramai yang kata, sampai rumah dari tempat kerja pun dah lewat, tak sempat beli makanan. Kita juga dengan rintihan peniaga yang kata pelanggan mereka ramai selepas Isyak seperti peniaga burger, sate dan sebagainya.

“Kita dengar pandangan rakyat dan peniaga yang hadapi masalah. Setelah adakan perbincangan, saya ingin umumkan bahawa kita bersetuju untuk melanjutkan operasi kedai makan dan restoran sehingga 10 malam mulai esok (Jumaat).

“Bagaiamanapun, dine-in atau makan di restoan masih tak dibenarkan, kekal untuk dibawa pulang. Pesanan ‘food delivery’ juga sehingga 10 malam,” katanya lagi.

Sebelum ini keputusan kerajaan untuk menghadkan tempoh operasi kedai makan dan restoran sehingga 8 malam sepanjang tempoh PKP menimbulkan rungutan banyak pihak.

 

Sumber: BH online | mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*