Lagi kemal@ngan di Lebuhraya SUKE, kren pembinaan hempap kereta

Kuala Lumpur: Struktur besi kren di tapak pembinaan laluan lebuh raya terjatuh dan menghempap kereta di Alam Damai, Cheras di sini, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku pada 8 pagi dan setakat ini dilaporkan empat mang.sa terbabit dalam kejadian itu.

Tiga pekerja pembinaan warga China disahkan mening.gal dunia dalam kejadian itu.

Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan pihaknya yang juga pemaju bagi projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) mengesahkan kejadian itu berlaku pagi tadi.

“Melalui siasatan awal, tiga pekerja pembinaan warga China menin.ggal dunia, manakala seorang pengguna jalan raya ced.era dalam kejadian ini.

“Difahamkan kejadian berlaku apabila salah satu dari komponen kren gantri terjatuh dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Menurutnya, susulan kejadian itu, pasukan ‘Emergency Response Team’ SUKE bersama anggota bomba menutup laluan di kedua-dua hala dan kerja-kerja menyelamat man.gsa sedang dijalankan.

Sementara itu, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), duaman.gsa dikatakan terjatuh dari ketinggian 36 meter dan disahkan menin.ggal dunia di lokasi.

Katanya, seorang lagi man.gsamasih tersangkut di tapak pembinaan, manakala seorang lagi man.gsa dipercayai pemandu kereta parah dalam kejadian itu.

 

Sumber Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*