Semasa

Lama menyepi, terkini Faiz Roslan tampil dengan penampilan lebih berani

Nama Faiz Roslan pernah mencetuskan kontrovversi di Malaysia pada suatu ketika dahulu. Malah dia sering mendapat teguran dari pendakwah bebas dan selebriti tempatan di atas kelakuannya yang dianggap mempermainkan agama.

Walaubagaimanapun, kini tidak lagi kerap mencetuskan kontrovversi seperti dahulu. Nampaknya Faiz Roslan lebih selesa memuatnaik video  di laman TikTok.

Kebanyakkan video yang dimuatnaik memaparkan penampilan yang agak berbeza dari dahulu. Dengan penampilan yang lebih anggun,  gemar berfesyen, dan sesekali dia mempamerkan solekan di wajahnya yang persis seperti seorang wanita.

Lihat video-video terkini dari Faiz Roslan yang diambil dari akaun TikTok-nya.

VIDEO I

VIDEO II

Pada tahun 2018, Faiz pernah mencetuskan kontoversi kerana tanpa segan-silu memuat naik video menujukkan dia tidak berpuasa dalam media sosial sehingga Mufti Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Dr Zulkifili Mohamad Al-Bakri melahirkan hasrat untuk berjumpa dengannya.

Walaupun setiap kelakuannya sering mencetuskan kontrovversi, namun di laman TikTok-nya, dia sudah mempunyai lebih dari 30 ribu pengikut. Malah dia mempunyai pengikut yang ramai dalam Instagram.

Ada segelintir pengikutnya menyokong tindakan Faiz dan menganggap segala kandungan yang dipaparkan sekadar hiburan. Apa komen anda?

Terdahulu.. “Salah Ke Dilahirkan Lembut, Pakai Macam Perempuan?”

Sekarang ni sebut je nama Faiz Roslan, memang ramai dah kenal dengan instafamous popular ini. Video parodinya sentiasa menjadi perhatian.

Sering tampil dengan imej pakaian wanita dan mekap, dia juga pernah ditegur oleh pendakwah, Da’i Wan yang menyatakan perbuatan tersebut haram walaupun untuk tujuan promosikan produk.

Baru-baru ini, seorang netizen memuat naik status di Twitter dengan menyatakan Faiz Roslan sekarang sangat berbeza jika dibandingkan dengan dahulu.

Sebelum ini, Faiz Roslan di boleh dilabel sebagai pelawak. Namun kini tidak lagi, ditambah pula dengan aksi berlebih-lebihan yang tidak sesuai dengan imejnya.

Kami mahukan Faiz Roslan yang dulu

“Netizen mahukan Faiz Roslan yang dulu. Yang buat aksi pondan pakai tudung lusuh mak, guna lesung batu, yang tahu dirinya hanya lelaki kampung tak lawa yang kelakar.

“Tapi sejak kawan dengan Syed, terus berangan jadi lelaki kelas atasan. Kami mahukan Faiz Roslan yang dulu.”

Tak buat parodi, upload gambar biasa pun kena kec4m

Tidak tahan dikecam netizen, akhirnya Faiz Roslan membuka mulut dan membidas kenyataan tersebut. Menurut Faiz, dia kini tidak lagi membuat video parodi untuk meredakan isu kecaman terhadap dirinya.

I dilahirkan lembut, tapi salah ke pakai macam perempuan

I tak minat jadi lelaki yang sado

Dai’ Wan turut meminta netizen hentikan c3muhan

 

Sumber: media bawang | rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *