[Video] Selepas kec0h di laman sosial, akhirnya Neelofa sendiri tampil jelaskan apa yang terjadi

Teka-teki berhubung perg0lakan hubungan antara Neelofa dan Harris Ismail atau PU Riz akan terjawab hari ini. Demikian janji pengurus, Neelofa, Shawn Amer ketika dihubungi sebentar tadi.

“Kita sedang sediakan sesuatu. Nanti apa-apa saya akan kongsikan. Sekejap lagi saya akan bertemu dengannya (Neelofa).

“Harap-harap segala persoalan semuanya akan terjawab hari ini. Saya akan kongsi secepatnya kalau boleh hari ini juga,” kata Shawn.

Terdahulu, hubungan Neelofa dan Haris dida.kwa sedang retakk menanti belah apabila adik-beradik selebriti p0pulariti asyik berk0ngsi status berb.aur sindlran dipercayai ditujukan kepada Haris.

Bukan sahaja dikatakan sudah putus tunang, penggunaan minyak pengasih dan sudah bernikah antara t0pik hangat yang menjadi perbualan netizen dalam media sosial berhubung isu hubungan Neelofa dan Haris yang dikatakan berantakan sejak semalam.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 31, juga dida.kwa netizen telah bernikah di Kelantan berwalikan bapa kandungnya sendiri iaitu Mohd. Noor.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan balas daripada pihak keluarga mahu pun pelakon yang terkenal menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot itu bagi menaflkan dakwaan berkenaan.

Neelofa Tampil Jelaskan

Sedikit informasi tentang Neelofa

Nama penuh: Noor Neelofa binti Mohd Noor

Tarikh lahir: 10 Februari 1989

Umur: 31 tahun (2020)

Kelahiran: Pasir Mas, Kelantan, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, pengacara, ahli perniagaan, model, penulis dan jurucakap produk

Media sosial: Instagram @neelofa

Fakta Menarik

1. Lulusan Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran di Kolej Universiti Sunway (kini dikenali sebagai Universiti Sunway) di Bandar Sunway, Selangor.

2. Berketinggian 1.57 meter dan berat 47 kilogram.

3. Anak ketiga daripada sembilan adik-beradik (lima adik-beradik berlainan bapa).

4. Bapanya, Mohd Noor berbangsa Melayu, manakala ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed merupakan kacukan Pakistan dan Arab.

5. Neelofa yang disapa Lofa di kalangan ahli keluarga, diilhamkan daripada nama “Niloufar” membawa maksud bunga teratai.

6. Sebagai pelajar, Neelofa dikenali sebagai seorang yang pintar kerana meraih lima A dalam UPSR, manakala sewaktu melanjutkan pengajian di sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi, beliau mendapat 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM.

7. Sebelum menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 mengalahkan beberapa nama antaranya, Anzalna Nasir dan Izara Aishah, beliau bekerja sebagai peragawati sepenuh masa di mana pernah membintangi beberapa video muzik penyanyi tempatan popular, antaranya Awi Rafael dan Akim.

8. Neelofa menempatkan namanya dalam dunia lakonan pada tahun 2011 apabila buat pertama kali menjayakan siri televisyen berjudul Kasih Najihah yang disiarkan di saluran TV9.

9. Antara drama popular yang dilakonkannya seperti Jiwa Dan Lara, Tahajjud Cinta, Kau Yang Terindah, Suri Hati Mr. Pilot, Red Velvet dan Ti Amo Sweetheart 100 Hari.

10. Beberapa filem popular yang dibintanginya seperti Azura, SAM: Saya Amat Mencintaimu, Hantu Kapcai dan Pilot Cafe.

11. Beliau meraih pelbagai pencapaian sepanjang kariernya sebagai anak seni dan antara yang terbesar termasuk Pengacara TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27, 28 dan 29, Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29, Top Top MeleTOP (Wanita) di Anugerah MeleTOP Era ke-4 dan ke-5 dan banyak lagi.

12. Sebagai usahawan, Neelofa pernah terbabit dalam pelbagai cabang perniagaan seperti kanta lekap Lofalens, produk pil penjagaan kesihatan Beautea Slim dan jenama pakaian wanita Muslimah, Naelofar Hijab. Seterusnya menjadi antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

13. Pada Disember 2017, beliau dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di syarikat AirAsia Bhd.

 

Kredit: Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*