lstri Buat Pnjaman Utk Beli Superbike, Senyap² Jumpa Pegawai Bank Minta Jangan Lvluskan, Akhirnya ini yg Terjadi

SUDAH menjadi tanggungjawab seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri dari segi zahir mahupun batin.

Namun, perkara ini kadangkala dianggap ketinggalan zaman atas alasan untuk hidup di dunia sekarang anda perlu buang sikap kedekvt atau pentingkan diri.

Baru-baru ini, perkongsian di laman Facebook mengenai kisah pasangan suami isteri yang membuat permohonan pinjaman peribadi kakitangan awam.

Status itu telah dimuat naik pada Isnin tul4r dengan meraih lebih 9,200 perkongsian (share).

Menerusi posting di Facebook, Eira Prislla mendkwa pernah mengendalikan satu k3s pinjaman seorang jururawat.

Yang mana suaminya yang bertindak menghantar permohonan manakala jururawat berkenaan hanya duduk di belakang diam mengend0ng anak.

Umum mengetahui, seorang penjawat awam mempunyai kelebihan kerana mudah untuk membuat permohonan pelbagai pinjaman.

Berbeza dengan pekerja swasta atau yang bekerja sendiri.

Berdasarkan perkongsian tersebut, suaminya dilihat seakan-akan mengambil kesempatan terhadap pekerjaan isterinya yang merupakan seorang penjawat awam.

Menurut posting tersebut, selepas empat hari menghantar permohonan wanita itu menghubunginya melalui WhatsApp.

Memintanya untuk tidak meneruskan pemprosesan permohonan pinjaman berkenaan.

“Kemudian si suami pula menghubungi pejabat untuk tanya status permohonan.

Kami yang urus loan ni semakin pelik, jadi saya kata permohonan sudah dibatalkan sebab ada yang minta untuk dibatalkan.

Kemudian si suami kata, nanti dia cakap dengan isteri.

Tolong teruskan proses itu sebab tujuan loan dibuat untuk beli superbike berharga RM86,000.

“Masuk minggu seterusnya isteri lelaki itu menghubungi saya dan minta untuk berjumpa.

Saya jumpa wanita itu di luar, dia merayv-rayv pada saya.

Katanya tolong kesiankan dia, suaminya tak pernah tanggung serta beri nafkah untuk dia dan anak-anak,” kata Eira menerusi posting tersebut.

Dia difahamkan, wanita itu pernah dicer4ikan dan kemudian rujuk semula atas alasan anak-anak masih kecil.

Dia mengambil keputusan untuk menerima semula suaminya selepas dipujuk oleh keluarga mentua, tetapi perangai suaminya tetap sama.

Salah satu ker4tan akhbar berhubung isv ini.

Tambah jururawat itu, segala hvtang rumah, pinjaman peribadi ditanggung olehnya.

Dan jika permohonan pinjaman terbaharu ini lulus, dia terpksa menanggung hvtang motosikal pula.

“Dia kata kalau kasihankannya, tolong beritahu suaminya bahawa pinjaman ini dit0lak oleh pihak bank.

“Kasihan pada wanita ini, saya buat seperti mana yang dimintanya. Dan seperkara lagi, si suami ada wanita lain.

Sudahlah si isteri tak diberikan nafkah. Guna nama isteri untuk tujuan dan kesenangan diri sendiri,”

Tulisnya yang merupakan seorang pengurus pembiayaan peribadi kakitangan awam.

Selepas mengetahui permohonan tersebut g4gal, lelaki itu cuba menghubungi Eira dan memintanya memasukkan permohonan pinjaman itu ke koperasi pula.

“Saya cakap bank dah t0lak. Kalau masuk koperasi kemungkinan juga akan dit0lak.

Sebab syarat koperasi juga lebih kurang bank. Sepertinya dia sedikit kec3wa.

“Saya ada simpan nombor telefon lelaki tu untuk data pelanggan dan apabila saya periksa WhatsApp.

Terpampang gambar lelaki tu bersama wanita lain dengan mesra berpelvkan,” kata Eira.

Sejurus mengetahui perkara itu, Eira mengambil keputusan untuk melvpuskan permohonan tersebut.

Dan isteri lelaki itu mengucapkan terima kasih sambil kedengaran nada sedikit seb4k mencari kekuatan.

“Duhai lelaki, wanita itu untuk kau tanggungi nafkahnya. Untuk kau berikan kasih sayang dan menjaga marvah serta keselamatannya.

Bukan untuk kau jadikan hamba dan bibik di rumah. Malah kau beb4nkannya dengan hut4ng,” luah Eira.

Sumber: MSTAR ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*