
Pasangan penganti baru Syamel dan Ernie Zakri bakal meraikan sahabat media dan rakan-rakan mereka dalam majis resepsi mereka esok.
Majlis bertemakan Black Tie itu akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan jumlah tetamu yang dibenarkan.
“Alhamdulillah, majlis akad nikah kami berjalan lancar walaupun tidak ramai yang dapat hadir kerana kami perlu patuh SOP.
“Terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kami. Diharap majlis yang bakal berlangsung esok juga dipermudahkan, Insya-Allah,” kata Syamel kepada Gempak.
Syamel dan Ernie sah bergelar suami isteri pada 26 Mac lalu dengan sekali lafaz, dalam sebuah majlis pernikahan yang dijalankan secara tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.
Syamel atau nama sebenar, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27, dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Puncak Alam, Abidin Sulaiman berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.
Pasangan sama cantik sama padan itu mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu selepas berkenalan ketika menyertai program realiti, Duo Star.
Sumber :https://gempak.com/berita-terkini/syamel-ernie-raikan-rakan-artis-sahabat-media-dalam-majlis-resepsi-esok-48609.
Article sebelumnya:
Tahniah! “Cinta Tercipta” Syamel dan Ernie Zakri selamat bernikah
Dengan sekali lafaz, pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke-35, Ernie Zakri sah bergelar isteri kepada penyanyi, Syamel.
Majlis pernikahan mereka dilakukan secara tertutup dengan kehadiran ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja dan amat mementingkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.
Sumber: Ernie Zakri, Syamel official
Via ohmymedia
Video siap letak “26 Mac 2021”, Ernie Zakri & Syamel nikah esok?
Penyanyi Ernie Zakri memuat naik sebuah video teaser seakan-akan ‘pre-wedding’ di laman Instagram, memberi bayangan majlis perkahwinan bersama tunangnya yang juga penyanyi, Syamel akan berlangsung dalam masa terdekat.
Malah turut dipaparkan tarikh ’26 Mac 2021′ di penghujung video tersebut, sekali gus menguatkan dakwaan seperti dilaporkan media sebelum ini yang mendengar khabar angin bahawa pasangan itu akan disatukan esok.
Malah turut dipaparkan tarikh ’26 Mac 2021′ di penghujung video tersebut, sekali gus menguatkan dakwaan seperti dilaporkan media sebelum ini yang mendengar khabar angin bahawa pasangan itu akan disatukan esok.
Sumber : Syamel official.
Leave a Reply