Masih Berkawan Baik Dengan Ezza, Remy Ishak Makin Matang Lepas Putus Tunang – “Bukan Mudah Untuk Mencari Individu Yang Memahami Diri …”

Pelakon Remy Ishak, 39, tidak menolak sekiranya dia dan bekas tunang, Ezza Yusof, 38, kembali bersama selepas hubungan mereka terputus di tengah jalan.

Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak berkata hubungan rapat antara dia dan Ezza atas dasar teman baik malah kedua-duanya masih solo.
“Saya masih solo. Walaupun kami putus dalam pertunangan tapi kami masih lagi berkawan baik sehingga sekarang.

“Saya sendiri secara peribadi ada rasa nak kahwin, yelah umur dah macam ni.. bila balik rumah rasa sunyi. Sudah sampai masanya (untuk berkahwin), kalau ada jodoh saya dengan Ezza, ada lah.

“Bukan mudah untuk mencari individu yang memahami diri dan kegilaan kita, apatah lagi sebagai pelakon ada sikap serta emosi yang sukar diduga. Sekejap psiko kemudian murung pula,” katanya kepada Gempak.

Tambah pelakon drama Pujaan Hati Kanda, dia datang daripada keluarga yang melalui proses penceraian justeru masih ada perasaan trauma dalam diri.

“Saya sendiri datang daripada keluarga yang bercerai sejak kecil, saya trauma dengan apa yang berlaku dan tidak mahu kisah itu berulang kembali. Jadi saya tidak ralat berkawan untuk tempoh yang lama.

“Biarlah perkahwinan yang dibina itu berkekalan sehingga ke akhir nyawa. Jadi dalam proses pemilihan calon isteri itu, memang ada putus, ada sambung.

“Mana yang boleh faham kegilaan dan kerjaya kita, perkara itu bukanlah sesuatu yang mudah,” kata Remy.

Dalam pada itu, juri tetap program The Masked Singer Malaysiamusim pertama itu akui pengalaman lepas banyak mengajar dirinya untuk menjadi lebih matang.

Bagaimanapun, pengacara program Roda Panasyang akan ditayangkan pada Ramadan ini enggan mengulas lanjut mengenai isu perkahwinan bagi menjaga hati serta menghormati pihak Ezza.

“Pengalaman lalu banyak mengajar saya menjadi lebih matang, apatah lagi saya bakal menginjak ke angkat 40 tahun tidak lama lagi.

“Saya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan mengenai perkahwinan dan sebagainya bagi menghormati pihak sana agar tidak tersinggung.

“Semestinya saya mahu pengakhiran yang baik buat kami berdua. Saya memohon doa orang ramai juga, dan jika ada berita gembira pasti akan dikongsikan kepada semua,” katanya lagi.

Sebelum ini, Remy membuat kejutan sempena hari lahir bekas tunangnya, Ezza di sebuah restoran yang turut dihadiri kenalan rapat.
Usahawan wanita itu turut menerima sejambak bunga ros merah daripada Remy.

Sumber:https://gempak.com/berita-terkini/masih-berkawan-baik-dengan-ezza-remy-ishak-makin-matang-lepas-putus-tunang-bukan-mudah-untuk-mencari-individu-yang-memahami-diri-48544

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*