Hiburan

‘Memang nak kena macam tu ke?” ramai mula kec4m adegan panas dlm drama melayu ini

Drama Bidadari Salju kini sudah sampai pada episod 20 yang mana ketika ini Kayra iaitu watak yang dibawa oleh Sweet Qismina sudah hilang kepercayaan pada Hariz lakonan Adam Lee.

Namun terdapat segelintir penonton yang berasa kurang senang dengan babak di dalam drama ini.

Pada episod 20 yang ditayangkan pada 11 Disember lalu, terdapat satu babak yang mana pelakon Jasmine Suraya Chin perlu mengg0da Adam Lee sehingga membuatkan mereka terjatuh di atas katil.

VIDEO

Apa yang membuatkan penonton kurang senang ialah apabila Jasmine terjatuh di dalam pelvkan Adam sehingga menunjukkan mereka seperti berpelukan.

Komen yang ditinggalkan oleh penonton menyifatkan babak sedemikian tidak perlu ditunjukkan di dalam kaca televisyen kerana drama ini mungkin ditonton oleh kanak-kanak bawah umur. Lihat komen dibawah.

Drama Bidadari Salju merupakan adaptasi novel hasil tulisan oleh Mia Kiff dan dibawah arahan Reza Badarudin.

Antara barisan pelakon di dalam drama ini ialah Sweet Qismina, Adam Lee, Jasmine Suraya Chin, Chacha Maembong, Fimie Don dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Bidadari Salju (Slot Akasia TV3)

Bidadari Salju merupakan sebuah drama Malaysia 2020 hasil sentuhan pengarah Reza Badarudin, terbitan produksi A.Aida Production.

Karya adaptasi novel tulisan Mia Kiff ini menampilkan gandingan Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai pelakon utama. Menemui penonton Slot Akasia TV3 mulai 15 Disember 2020 bagi menggantikan siri Cinta Sekali Lagi.

Sinopsis

Kerana penampilan yang selekeh, berwajah hodoh dan miskin, Kayra (Sweet Qismina) menjadi mangsa buli di sekolah.

Lebih malang apabila Hariz (Adam Lee), seorang pelajar senior turut membenci dirinya, hingga sanggup melemparkan kata-kata fitnah yang menyebabkan Kayra dipulaukan bapa sendiri termasuk masyarakat.

Lapan tahun kemudian, Kayra membesar sebagai seorang wanita yang berjaya dalam hidup. Namun di hatinya masih tersimpan dendam yang mendalam pada kaum lelaki gara-gara kisah silam yang dilalui.

Hariz kembali dalam hidup Kayra, namun kali ini dengan rasa bersalah mengenangkan dosa silamnya pada wanita itu. Lebih daripada itu, Hariz turut menyimpan rasa cinta pada Kayra dan berusaha untuk memenangi hatinya semula.

Pelakon

Gandingan utama Adam Lee dan Sweet Qismina.

Barisan pelakon pembantu terdiri daripada Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Chacha Maembong, Nazrief Nazri, Jaja Iliyes, Fimie Don, Zaki Azeman, Siti Khadijah, Aqil Taqeeuddin, Silfeny Osman, Damia Qaissarah, Ainaa Azhari, Puteri A’teeqah, Lisdawati, Lan Zailan, Rosnah Johari, Nizam Kama dan Zulkifli Ismail.

Sumber: media bawang | iluminasi

Sumber foto dan video: Instagram TV3 Malaysia dan Instagram Sweet Qismina

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *