Semasa

Gadis ini menangis selepas ditahan p0lis, rupa-rupanya ini yang terjadi

Sudah menjadi lumrah apabila ramai yang mengalami masalah disebabkan atas faktor-faktor tertentu. Masalah dalam kehidupan itulah yang membuatkan kebanyakkan daripada kita menjadi semakin kuat malah lebih arif untuk mengendalikan diri ketika berhadapan dengan situasi yang tidak diduga.

Perkara ini turut berlaku kepada seorang gadis yang sempat dirakam melalui sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter iaitu milik @MenteriHiburan. Menerusi rakaman tersebut, kelihatan seorang gadis yang telah ditahan oleh beberapa anggota polis ketika melakukan sekatan jalan raya.

Namun begitu, lain pula yang berlaku apabila gadis itu telah ditemui dalam keadaan menangis sebaik sahaja dia membuka penutup visor helmet. Keadaan tersebut membuatkan anggota polis wanita berkenaan terkejut setelah melihat situasi gadis itu lalu bertanya keadaannya.

Jawapan gadis tersebut telah membuatkan hati anggota polis itu tersentuh lalu menenangkan gadis berkenaan. “Saya ada masalah”, kata gadis tersebut. Kebanyakkan warga netizen turut rasa tersentuh setelah melihat rakaman terbabit di samping terdapat segelintir warganet yang turut berkongsikan pengalaman yang sama.

Video yang berdurasi selama 40 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 108 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.

 

SUMBER: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *