Masih belum ditemui, polis Selangor sedia bantu JAIS buru Sajat

{"source_sid":"CA25CE1B-D227-4AC0-BA12-077C72AC6875_1614592808202","subsource":"done_button","uid":"CA25CE1B-D227-4AC0-BA12-077C72AC6875_1614592808180","source":"editor","origin":"gallery","total_draw_actions":2}

Pencarian Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman masih diteruskan selepas gagal menemui usahawan kosmetik itu di banglo mewah miliknya di Kota Damansara, Petaling Jaya semalam.

Terbaru, memetik laporan Kosmo! Online, pihak polis sedia membantu bagi menjejaki usahawan berusia 36 tahun tersebut yang dipercayai sedang bersembunyi.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed bagaimanapun mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kita sedia bantu,” katanya ringkas menerusi laporan Kosmo! Online.

Terdahulu, Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya Selasa lalu berhubung isu berpakaian wanita pada 2018.

Malah, penyanyi lagu Bobo Dimana itu juga sempat memuat naik beberapa posting berbaur sindiran di laman Instagram dipercayai ditujukan kepada penguat kuasa JAIS sebelum akaun miliknya dinyahaktifkan.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Yunus Yakkub)

 

 

ARTIKEL SEBELUM ITU :

Rumah diserbu, Sajat ‘menghilang’

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36 dimaklumkan masih belum ditahan apabila usaha pihak berkuasa menyerbu kediamannya jam 9 di Seksyen 9, Kota Damansara malam tadi tidak menemui usahawan kosmetik tersebut.

Sajat tiada di rumah

Menerusi laporan daripada Kosmo! pihak berkuasa memaklumkan ketika serbuan hanya ada beberapa individu termasuk bapanya Kamaruz Zaman Harun, 68, pembantu rumah dan dua kanak-kanak disyaki anak angkatnya.

“Ketika serbuan, hanya terdapat beberapa individu termasuk bapanya, Kamaruz Zaman Harun, 68, pembantu rumah dan dua kanak-kanak disyaki anak angkatnya dalam kediaman berkenaan.”

“Pemeriksaan lanjut telah dilakukan di seluruh kediaman itu bagaimanapun Nur Sajat gagal dijumpai,” ujarnya kepada Kosmo

 

 

Sebelum ini, Sajat ada memuat naik satu IG story seakan memerli Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) apabila masih tiada sesiapa yang mengetuk pintu rumah untuk menahannya.

Pihak JAIS difahamkan sedang memburu Sajat berikutan tindakkannya yang tidak hadir semasa perbicaraan pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan Agama Islam dipandang hina dalam majlis bacaan Yassin dan solat hajat.

Mahkamah Syariah juga telah mengeluarkan waran tangkap kepadanya sejak Selasa lalu.

Instagram pun lesap

Dalam pada itu, usahawan kontroversi berkenaan juga turut menyahaktif akaun Instagramnya selepas tidak dapat diakses lagi di laman sosial tersebut.

Sumber: Kosmo! (Nor Azihan binti MD. Ghazali

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*