PDRM pantau ‘posting’ ant.vaksn beks pelakon, Tiba-tiba Zul Yahya Respon

{"source_sid":"CA25CE1B-D227-4AC0-BA12-077C72AC6875_1614923110871","subsource":"done_button","uid":"CA25CE1B-D227-4AC0-BA12-077C72AC6875_1614923110854","source":"editor","origin":"gallery"}

Polis Perak akan memantau hantaran seorang bekas pelakon yang dilaporkan sering membuat kenyataan mengenai fahaman ant vaksn Covd-19 di negeri itu.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima laporan berkaitan bekas pelakon itu.

“Kita akan melihat perkara ini dan memantau hantaran itu serta melakukan siasatan. Jika ia benar menggugat keharmonian masyarakat dan sebagainya, tindakan akan diambil mengikut perundangan yang ada.

“Setakat ini, tiada gerakan ant vaksn yang dikesan di Perak tetapi kita tetap akan melakukan pemantauan secara menyeluruh mengenainya,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini, hari ini.

Terdahulu, hantaran dibuat bekas pelakon itu menjadi perbualan warganet kerana dipercayai menolak vaksinasi dilaksanakan kerajaan.

Semalam, media melaporkan, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez menasihatkan golongan selebriti agar tidak menyebarkan fahaman ant vaksn sebaliknya memanfaatkan pengaruh dimiliki untuk membantu kerajaan menggalakkan pengambilan vaksin dalam memerangi penularan Covid-19.

Mior Faridalathrash berkata, setakat ini 76 peratus anggotanya di seluruh Perak sudah menyatakan persetujuan untuk mengambil vaksin itu yang akan bermula pada 12 Mac ini secara berperingkat.

“Saya yakin peratusan itu akan meningkat. Kita tidak peroleh 100 peratus kerana pengecualian anggota yang mempunyai alahan teruk, menyusukan anak dan hamil,” katanya. – HM

Tiba-Tiba Zul Yahya Kongsi Barita

 

Sumber : BeritaPerak / Fb Zul Yahya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*