Neelofa & PU Riz dipercayai bakal bersanding di The St. Regis KL

Nampaknya semakin kencang ura-ura berkenaan hari bahagia buat selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Nor, 33 dan pendakwah muda PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail, 26.

Menurut makluman yang sedang bertebaran di media sosial, Neelofa dan PU Riz dipercayai akan mendirikan rumah tangga pada Jumaat ini iaitu 26 Mac 2021 dan bersanding pada 27 Mac 2021.

Majlis di The St. Regis Kuala Lumpur

Lebih menguatkan lagi dakwaan tersebut, seorang wartawan telah memuat naik status di Twitter memberi bayangan bahawa majlis meraikan pasangan ini  akan berlangsung di The St Regis Kuala Lumpur.

Betul laa kot Jumaat ni

Ini bermakna khabar angin yang bertebaran sejak beberapa hari kebelakangan ini hampir tepat dan masing-masing sedang menanti momen bahagia buat pasangan tersebut.

Rata-rata warganet telah meninggalkan komen di posting yang dibuat oleh wartawan sukan itu dengan berseloroh berkenaan tindakkannya yang dilihat seakan tersalah ‘department’.

Jarang2 khabar angin ni salah

Ingatkan berita sukan

Rasanya pelbagai hint telah didedahkan netizen berkenaan perkahwinan pasangan ini walaupun masing-masing langsung tak membuka mulut berkenaan isu perkahwinan.

Semoga urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan dan pastinya menghadirkan kegembiraan buat para peminat pasangan selebriti terkenal ini.

Sumber: zulhelmizainal1 / ohmymedia

Sebelum itu

Kecoh di media sosial, peminat teka Neelofa & PU Riz nikah hari Jumaat ini?

Selepas kakaknya, Noor Nabila selamat diijabkabulkan bersama usahawan Engku Emran beberapa hari lalu… Pasti ramai peminat ternanti-nanti bilakah giliran si adik, Neelofa disatukan dengan tunangnya, Harris Ismail, kan?

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen sejak semalam selepas ada individu yang mendakwa selebriti jelita itu bakal menamatkan zaman bujang bersama tunangnya pada minggu ini.

Memetik penulisan Kosmo Online, berdasarkan carian menerusi forum gosip dan Twitter, ramai yang meneka bahawa selebriti berusia 31 tahun itu dijangka bernikah sama ada pada hari Khamis (25 Mac), Jumaat (26 Mac) atau Sabtu (27 Mac).

Bukan itu sahaja tau, beberapa akaun peminat pasangan berkenaan seperti @lofa.haris dan @neelofaharrisofficial turut berkongsi gambar beserta kapsyen yang mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen seperti, “Cuba teka berapa hari lagi?”.

Cuba korang teka berapa hari je lagi ni?

Jom kita ‘countdown’.. Rasa2 berapa lagi hari eh?

Menjengah ke ruangan komen di kedua-dua akaun Instagram terbabit, rata-rata peminat meneka tarikh istimewa kedua-dua pasangan itu akan menamatkan zaman bujang adalah pada hari Jumaat minggu ini.

Jumaat ni nikah

Dalam pada itu, mereka menyatakan perasaan gembira serta tidak sabar menunggu pasangan kegemaran mereka mendirikan perkahwinan tidak lama lagi.

26 Mac ni, semoga dipermudahkan majlis Neelofa

Jumaat ni kan? Tak sabar nak tengok

Semoga bahagia selamanya~

26 Mac akad nikah, 27 Mac bersanding

Kalau betul seperti yang diteka oleh para peminat.. Semoga segala urusan Neelofa dan Harris berjalan lancar!

Sumber: Kosmo Online (Nor Eryani Yusup), Instagram @lofa.haris, @neelofaharrisofficial