Netizen nampak ‘babyy bump’ Kak Lina pompom

Program Muzikal Muzik Lawak Superstar 2 nampaknya kembali menemui penonton di kaca televisyen selepas terpaksa dihentikan seketika berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan yang lalu.

Masih mengekalkan pengacara sama iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, keduanya seperti biasa memberikan keceriaan dalam MLS 2 yang bersiaran di Astro Warna setiap hari Jumaat.

Mengandung ke tu?

Namun begitu, menerusi siaran langsung tersebut, dapat dilihat penampilan Elly Mazlein yang seakan berbadan dua apabila kerap memegang perut ketika mengacara.

Banyak juga soalan diajukan oleh netizen di ruangan komen Instagramnya apabila dia memuat naik gambar pada malam tersebut.

Ada baby ke dalam perut tu?

Ramai yang tertanya-tanya kerana melihat perut Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom seakan ada baby bump.

Pastinya peminat selebriti berkenaan begitu teruja dan meninggalkan pelbagai komen di ruangan Instagramnya apabila melihat penampilannya pada malam tersebut.

Walau bagaimanapun, setakat ini Kak Lina masih belum memberikan sebarang kenyataan sebenar sama ada dia mengandung ataupun tidak.

Elly Mazlein dan suaminya, Cikgu Azlan telah mendirikan rumah tangga pada 17 Januari 2020. Sebelum ini, selebriti tersebut pernah bernikah dengan pengarah drama dan dikurniakan seorang cahaya mata sebelum bercerai setahun kemudian.

Sumber: Elly Mazlein

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*