Nonny Up video “Berkemban”, Mila Jirin dah Mvak tegvr sahabat baiknya.

Selepas menggemparkan industri Tanah Air dengan memuat naik gambar seorang wanita seksi yang menampakkan sebahagian kakinya di Instagram, media sosial pelakon wanita, Nonny Nadirah kembali dengan fot gambar wanita berkemban pula.

Berkemban pulak

Walaupun tidak memperlihatkan wajah, namun dapat diperhatikan seolah-olah wajah Nonny dari sisi tepi memandangkan wanita tersebut tidak berhijab dan mendedahkan sebahagian belakang badannya.

Ini luahan Mila Jirin.

 

Dengan kapsyen ringkas menulis ‘soap’, Instagram Nonny turut mempromosikan akaun Instagram minuman kesihatan dikenali sebagai @jusmandak_hq.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya tentang hal tersebut kerana Nonny Nadirah merupakan pelakon yang dikenali dengan imej berhijab dan menutup aurat sejak dia mulai berhijrah beberapa tahun lalu..

Dalam postingnya sebelum ini pun turut memaparkan imej wanita seksi sehingga membuatkan sahabatnya yang juga penyanyi, Mila Jirin berasa bimbang akan keadaan Nonny.

Rata-rata rakan artis juga menafikan Nonny berpenampilan sebegitu dan yakin bahawa Intagram pelakon kelahiran Sabah itu digodam seseorang.

Walau bagaimanapun, setakat hari ini masih belum ada sebarang penjelasan dari pihak Nonny sendiri dan kali ini Instagramnya sekali lagi memaparkan gambar wanita seksi seakan wajahnya walaupun tidak ditunjukkan secara jelas kepada umum.

Semoga tiada khabar kurang enak didengar tentang keadaan Nonny Nadirah ketika ini.

 

Sumber: Nonny Nadirah

 

Via : https://ohmymedia.cc/ada-apa-dengan-nonny-nadirah-instagram-papar-foto-wanita-berkemban-pula/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh%20My%20Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*