Semasa

“Tak ada rezeki..” Nubhan kehil4ngan insan tersayang

IMPIAN penyanyi Nubhan ingin menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila isterinya, Afifah Hidayah Tawfek mengalami kegguran, baru-baru ini.

Menurut Nubhan, 35, isterinya itu mengalami pendrahan semasa kandungan berusia tujuh minggu dan kini sedang menjalani tempoh pemulihan.

“Tak ada rezeki anak ketiga… ggur buat kali yang kedua! Usia kandungan tujuh minggu.

“Tak ada rezeki baby dah keluar… jadi kena berp4ntang yang ringan-ringan sahaja, ” katanya menerusi laman Instagram pada Jumaat.

Bersama kapsyen itu, penyanyi lagu Sekali Lagi ini turut berkongsi video momen ketika menerima perkhabaran isterinya hami1l lagi.

Perkongsian Nubhan di Instagram mengenai kegvgvran isterinya.

Dia turut memuat naik video Afifah melakukan pemeriksaan di sebuah pusat perub4tan selepas mengalami pendrahan, namun kandungannya itu tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, rata-rata pengikut meminta pasangan ini bersabar dengan kehil4ngan itu dan percaya ada hikmah atas apa yang berlaku.

“Bersabarlah ya, dia tunggu nak tarik ibu bapa ke syurga bersama. InsyaAllah ada rezeki lain untuk kalian berdua nanti.

Nubhan bersama isteri dan anak-anak.

“Sedih sangat! Samalah macam saya kegvgvran semasa kandungan 13 minggu. Semoga ada rezeki lebih baik menanti,” komen netizen.

Nubhan berkahwin dengan Afifah pada Ogos 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 4 dan Ahmad Aaffan berusia dua tahun.

Pada 2016, Afifah pernah mengalami kegguran semasa kandungan berusia tujuh minggu.

VIDEO

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

Siapa Nubhan Ahamad? Nubhan atau nama penuhnya, Ahmad Nubhan bin Hj Ahamad merupakan seorang penyanyi Malaysia dan pemenang tempat ketiga rancangan realiti nyanyian, Akademi Fantasia Musim 6.

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Ahmad Nubhan bin Hj Ahamad.
  • Menggunakan nama komersial, Nubhan.
  • Berumur 34 tahun.
  • Lahir pada 2 April 1986.
  • Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
  • Merupakan anak bongsu daripada lapan orang adik-beradik.
  • Bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2008 sebagai seorang penyanyi, pelakon, model dan pengacara.
  • Bakatnya dicungkil daripada pertandingan realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim keenam (AF6) sebaris dengan Stacy, Lufya Omar, Ika Nabella (Ika Nabila) dan Saida Tarudin. Beliau menduduki tempat ketiga ketika konsert akhir.
  • Pernah merakamkan album berjudul Langkah Nubhan terbitan Disember 2010 yang memuatkan lagu-lagu hit seperti Oh Juwita, Seadanya Aku, Aku Atau Dia dan Mata Hati.
  • Lain-lain lagu dipopularkannya termasuk Indera (Duet bersama Stacy), Picisan, Cinta Kasih (duet bersama Mila Jirin), Kisah Kasih, Selamat Jalan Cinta dan Tak Tahan.
  • Antara drama lakonannya seperti Aku, Cinta Lelong, Ibu Mee Segera, Ada Cinta Di Hari Raya, Raya Yang Paling Raya, Corat Coret Raya AF6 dan Satu Hari Di Hari Raya. Penglibatan di layar perak menerusi filem Lagenda Budak Setan.
  • Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah mengelolakan rancangan In-Trend di seluran RTM TV2.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Dr. Afifah Hidayah Tawfek pada 29 Ogos 2015 yang mana perkahwinan dengan isterinya itu dikurniakan dua orang anak iaitu Aafiya Kamilia, 3 dan Ahmad Aaffan yang berumur setahun.

Fakta Menarik

  • Berketinggian 182 sentimeter (cm).
  • Terkenal dengan karakter vokal yang bersifat gemersik.
  • Diangkat sebagai Ikon Belia Remaja Perdana 2011 dan Ikon Belia Trofi Rakan Seni Budaya, Rakan Muda 2011.
  • Juga bergiat sebagai usahawan dengan mengusahakan produk kosmetik berjenama Juwita Divine.

 

Sumber : Mstar | iluminasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *