Alhamdulilah permata keempat menyusul…Patutlah Badan Nampak Berisi…Siti Sarah Hamil Rupanya!

Penyanyi Siti Sarah berkongsi berita gembira sedang hamil anak keempat, menerusi laman sosial Instagram (IG)nya.

Menurut Sarah, bukan niatnya untuk menyembunyikan kehamilan kali ini tetapi mahu berkongsi selepas kandungannya kuat.

Tambahan lagi, dia berdepan masalah kecelaruan keresahan (anxiety disorder) dan tidak mahu tertekan.

Dalam pada itu Sarah turut memanjatkan rasa syukur dan memohon doa daripada para peminat agar dipermudahkan urusannya.

Menerusi perkongsian tersebut Sarah memberitahu kandungannya baru memasuki trimester pertama.

“Alhamdulillah syukur ya Allah…Permata nombor empat bakal menyusul tak lama lagi. Baby baru on the way!

“Syukur Ya Allah atas rezeki yang Allah kurniakan ini untuk Sarah & @shuibsepahtu. Ok, jujur Sarah betul tak sangka, lepas 6 tahun Sarah melahirkan Matin, Sarah dpat lagi rezeki merasai detik kehamilan baru sekarang.


“Ramai tanya masa memula dulu tapi Sarah tak berani cakap lagi. Ni Sarah rasa kandungan dah kuat, baru Sarah berani nak bagi tau.

“Minta maaf tau, sebab tak bagi tau awal sebab sebelum ni Sarah pernah ada anxiety, so Sarah sendiri tak nak tertekan masa awal kehamilan ni. S

“Sarah nak mintak korang semua, doakan Sarah dan kandungan tau. Sarah doakan juga ibu kat luar sana yang mahu merasai saat kehamilan, moga Allah murahkan rezeki kalian utk hamil & jadi ibu. Amin. #trimester1,” katanya.

Sumber : https://gempak.com/berita-terkini/ohhpatutlah-badan-nampak-berisisiti-sarah-hamil-rupanya-48637?fbclid=IwAR1z5nUwWq2R7-ZqabvKvQjpP2EWV2J_c-Bzg6qaTohq5FuIcon0XtTZkwc#.YGchkOrBnFw.facebook.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*