Hiburan

“Omputeh Mane Ni”Adik Neelofa Berambut ‘Blonde’Dah Macam Marilyn Monroe

Nama Ameera Khan semakin mencuri perhatian media sosial apabila kerap tampil bergaya dengan pelbagai posing menarik di Instagram.

Adik kepada selebriti terkenal, Neelofa ini juga cukup berani dalam berfesyen dan kadang kala mengundang kecaman kerana dilihat kurang bersesuaian dengan pandangan mata masyarakat Malaysia.

Nampak lain berambut ‘blonde’

Walau bagaimanapun, muat naik gambar terbarunya di Instagram dengan berambut palsu berwarna putih keperangan telah kembali menjadi buah mulut netizen.

Penampilan Ameera yang persis penyanyi lagenda Hollywood, Marilyn Monroe ketika melancarkan produk kosmetik keluarannya telah meraih pelbagai komen pujian daripada rakan-rakan dan peminatnya.

Dah macam artis Hollywood.

Nyanyi sikit lagu ‘Mat Salleh’.

Sehubungan dengan itu, ramai yang meninggalkan komen memuji penampilan ‘luar biasa’ personaliti media sosial itu kerana sentiasa terlihat gorgeous dalam setiap gaya gambar yang dimuat naik di Instagram peribadinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:littlemiskhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *