“Pakai selebet depa tak layan,” Kongsi Pengalaman Penjual Emas ‘Tak Layan’ Sebab Pakaia

Perempuan dan emas memang tidak dapat dipisahkan walaupun harga emas masih tinggi di pasaran.

Ada sesetengah yang berpendapat memakai perhiasan emas mampu menaikkan seri dalam penampilan wanita.

Emas satu pelaburan jangka masa panjang

Selain itu juga, harga emas yang tinggi mampu menjadikan emas sebagai salah satu pelaburan dalam jangka masa panjang.

Pelbagai jenis corak dan rekaan emas yang kian menarik menjadi salah satu penarik utama kaum perempuan ke kedai emas.

Ada yang sanggup mengumpul duit untuk memilikinya dan merasakan ia salah satu kepuasan dalam hidup.

Pembelian emas bergantung cara layanan tuan kedai

Namun begitu, kadangkala pembelian emas turut bergantung kepada layanan dari penjual kedai kepada pelanggan mereka.

Jika pelanggan berpuas hati dengan penerangan dan layanan yang diberikan, ramai pelanggan akan memberli lebih dari yang mereka sangkakan.

 

Walaubagaimanapun, jika layanan yang diberikan tidak memuaskan maka rugilah tuan kedai kerana setiap pelanggan yang datang pastinya berkeinginan membeli perhiasan tersebut.

Pengalaman kunjung kedai emas tidak dilayan

Seperti satu kisah yang dikongsikan oleh oleh seorang pengguna bernama Roslina Hashim  di Update Harga Emas Semasa ini yang berkongsi pengalaman mengenai layanan kedai-kedai emas yang pernah dikunjungi.

Kalau pegi kedai emas selebet, diorang layan tak layan je

“Hang pa kalu pi kedai emas pakai selebet jer. Depa layan tak layan jer. Lebih lebih lagi kalau kat lengan hangpa tak da emas”.

“Tapi kalu hangpa pakai cantik bergaya dn banyak emas depa layan sungguh. Sebab ini lah yang terjadi pada saya pada bulan lepas di kedai emas kat rawang ni”.

Sedangkan saya bawa 9k masa itu

“Sedangkan masa tu saya bawa 9k, tak dilayan saya pun blah la. Tapi rezeki kedai mas lain”.

“Saya masuk kedai kedua pun saya pakai selebet gak. Pakai selipar rm2 jer. Pakai seluar sukan dan baju t lusuh jer”.

Pakai selipar RM 2.00 depa layan mesra

“Tapi depa layan mesra jer, dari 9k turus keluar duit ke rm12k. Buat perniaga jangan pa dang lekeh pada yang masuk kedai kita”.

“Layan lah sama rata. Sama ada depa beli ke tak. Kadang-kadang datang itu mesti nak serve dulu dan kadang yang datang selebet tu lebih ada duit”.

Apa pun janganlah pandang rendah pada orang atau jangan pandang sebelah mata jer pada orang lain”.

Saya masuk kedai emas tiada orang layan sebab selebet

Selain itu juga, ramai yang menyokong pendapat yang dikeluarkan oleh wanita tersebut dan turut bercerita pengalaman mereka ketika mengunjungi kedai emas.

Saya panggil staff diorg buat-buat tak tengok saya

“Faham sangat dan saya pernah kena. Sy ni memang sejenis simple, selebet. Satu hari saya masuk 1 kedai emas femes kt terengganu xde orang layan”.

“Org selepas saya baru masuk pakai ala2 keje pejabat terus layan. Dah lama berdiri situ xde orang layan”.

Saya bergaya dan pergi ke kedai yang sama, terus layan saya

“Saya panggil sorang staff tapi die buat2 xtgk saya, hahaha. Saya pun balik dan 2-3 hari lepas tu saya g lagi kedai yg sama”.

“Saya pakai baju kurung, bawak handbag ada jenama sket la. Pakai gelang2 besor saya dan rantai ngan loket labuh tu”.

Langkah masuk staff terus panggil

“Melangkah masuk je kedai staff die terus panggil. Selamat datang kak, meh duk sini. Akak nak cari barang apa dan bajet berapa ye. Tapi saya x beli pun”.

Rata-rata netizen turut menceritakan pengalaman mereka mendapat layanan yang berbeza mengikut penampilan ketika berkunjung ke kedai emas.

Diharap sikap sedemikian dapat dipantau oleh tuan kedai kerana ia akan menjejaskan jualan kedai mereka.

 

 

Malah, orang ramai tidak perlu memandang luaran atau penampilan seseorang dan menghakimi mereka sedemikian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*