“Pasangan selebriti ‘rentas negeri akan dipanggil beri keterangan” – P0lis

Berikutan dakwaan sepasang suami isteri yang juga selebriti dikatakan merentas negeri untuk berbulan madu di Sabah baru-baru ini, pihak p0lis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung isu tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua P0lis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima permohonan rentas negeri ke Sabah atas urusan perniagaan daripada seorang lelaki berusia 27 tahun di Balai Polis Setapak jam 5 petang pada 20 Mac lalu.

“Pemohon ada mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat. Berdasarkan dokumen itu, polis meluluskan permohonan rentas negeri yang bermula pada 21 hingga 25 Mac ini.
“Bagaimanapun, gambar lelaki berkenaan bersama isterinya berusia 31 tahun kemudian tular di media sosial.
“Pasangan itu dikatakan pergi berbulan madu di kawasan peranginan dan mengakibatkan orang ramai mempertikaikan bagaimana mereka mendapat kebenaran rentas negeri ke Sabah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ashari berkata, setakat ini, pasangan terbabit masih berada di Sabah dan akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada sebaik mereka kembali ke Semenanjung.

“Kami akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan itu dan jika pasangan ini didapati memberikan keterangan palsu untuk merentas negeri, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan di atas budi bicara polis dalam memberikan kebenaran rentas negeri bagi urusan perniagaan, kerja atau pun kecemasan.” katanya.

Terdahulu, gambar seorang pelakon wanita bersama suaminya di Sabah yang dimuat naik di media sosial mengundang kecaman apabila mereka didakwa merentas negeri ke Sabah untuk berbulan madu, baru-baru ini.

sumber : ohmymedia

 

Berkait Dengan Artikel Sebelum Ini

Jangan nak salah anggap eh ‘Kami Di Sabah Ada Urusan Kerja’ – Risteena Nafi Rentas Negeri Pergi Honeymoon

Umum mengetahui, pelakon, Isa Khan dan Nur Risteena telah sah bergelar suami isteri pada 12 Mac yang lalu. Seperti pasangan lain yang baru berkahwin, Isa dan Risteena didakwa memilih Sabah sebagai destinasi untuk berbulan madu. Wow bestnya!
We made it love.

Di Instagram Story, Isa Khan berkongsi beberapa foto ‘sweet’ bersama isteri tercinta ketika berada di Semporna, Sabah. Pasangan tersebut juga dilihat menaiki bot dan menikmati makan malam yang romantik ketika berada di negeri tersebut. Menerusi posting Isa juga, mereka berdua dipercayai berada di Semporna pada 21 Mac.

Meskipun pasangan tersebut sedang bergembira, timbul pula dakwaan dan persoalan bagaimana mereka boleh merentas negeri?


Pergi honeymoon Sabah bagi alasan apa tu?

Macam mana Risteena boleh pergi Sabah.

Bersangka baik mungkin ada urusan kerja sekali dengan honeymoon.
Di Twitter, rata-rata netizen mempersoalkan mengenai alasan yang diberikan pasangan tersebut untuk merentas negeri. Namun begitu, terdapat juga segelintir netizen yang mendakwa pasangan tersebut mempunyai urusan kerja. Oleh itu, mereka memilih untuk berbulan madu sekaligus.
Ada urusan kerja

Terbaru, Risteena memuat naik satu posting di Instagram dan menjawab segala persoalan yang telah timbul. Menurut Risteena, dia dan suami mempunyai urusan kerja di Sabah dan mereka telah mendapatkan surat merentas negeri. Tambahnya, dia tidak perlu memuat naik posting mengenai kerja di media sosial demi puaskan hati semua pihak.

Sumber: Isa Khan & Risteena

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*