Penampilan Terkini Ameera Khan, Jadi Bualan Netizen

Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan pula menjadi bualan hangat netizen.Nur Ameera Khan itu sudah berhijab.

Selepas kakaknya Nor Neelofa mendirikan rumah tangga,Ameera Khan terus mengenakan gaya baharu dan kini beliau terus menjadi seorang model yang berhijab.

Rata-rata netizen gembira dengan perubahan Ameera Khan.Beliau yang kini tampak lebih manis dan menawan saat mengayakan tudung.

KOMEN NETIZEN:

 

Baca Juga Artikel Berikutnya :

Ameera Khan Dah tak lagi ‘belanja’ Gambar .Kini Pakai Baju Longgar & Bertudung.

Satu perkongsian foto daripada adik selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan mencuri perhatian wargamaya.

Di dalam ramai yang bakal memberikan tumpuan buat kakaknya yang bakal mendirikan rumah tangga esok sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak, penampilan terkini bintang media sosial itu nyata mencuri pandang.

Mengenakan tudung dalam rona pastel lengkap dengan kemeja putih yang longgar, Ameera menerusi Insta Story menulis kapsyen, ‘first day of my new journey. Finally feel so at peace and complete. Alhamdulillah.’

Lalu, menerusi ruangan komen pada foto tersebut, rata-rata menyambut baik posting berkenaan, selain ada yang mulai membayangkan pemilik nama lengkap Nur Ameera Khan itu kini sudah mulai berhijab.

Malah Neelofa sendiri ada meletakkan emoji berbentuk hati pada ruangan komen serta memberikan respon positif di Insta Story.

“Alhamdulillah syukur… Semoga Allah sentiasa memilihmu adikku sayang,” tulis Neelofa selain meminta ramai mendoakan Ameera selalu.

Terbaru, dia yang turut dikenali sebagai Little Miss Khan berkongsi sekeping lagi gambar dengan dress dan hijab berwarna ‘coffee brown’ sehingga meraih hampir 100,000 tanda suka.

Menerusi ruangan komen, peminat dan pengikutnya meluahkan rasa gembira dengan penampilan terbaru Ameera selain memuji kecantikan gadis kacukan Pakistan dan Arab itu.

Malah, tidak kurang ada juga individu mendoakan supaya Ameera kekal istiqamah dalam mengekalkan imej sopan sekali gus boleh digelar ‘Beauty With Brain’.

Sementara itu, pengguna Instagram turut memuji kecantikan remaja berusia 21 tahun sekaligus mendoakan agar dirinya terus istiqamah menjadi insan yang lebih baik.

Cantiknya dia!

Tahniah moga istiqamah…

Lebih cantik bila berhijab

Moga diberi hidayah untuk berhijab!

Terdahulu, Ameera sering dikecam apabila berkongsi gambar yang kadang-kala dianggap seksi dan agak keterlaluan oleh netizen di media sosial.

Malah ketika zaman remajanya, dia pernah tampil bertudung sebelum dilihat kembali tidak berhijab sekitar tahun 2016.

Sumber: Instagram Ameera Khan / mediahiburan & ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*