Uncategorized

Penampilan Terkini Rina Harun Tarik Perhatian, Kurus Kerana Kuat Bekerja Untuk Rakyat

Kalau sebelum ini, Datuk Seri Rina Mohd Harun pernah menjadi bualan hangat netizen apabila sijil diterima oleh pelajar-pelajar yang berjaya masuk ke Maktab Rendah Sains Mara memaparkan wajahnya.

Artikel Berkaitan : Siap Ada Gambar Sendiri, Netizen Gelak Besar Tengok ‘Sijil’ Pemberian Menteri Ini

Terbaru, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu sekali lagi jadi perhatian netizen apabila perubahan fizikalnya yang dilihat semakin kurus jadi inspirasi buat semua.

 

Sangat inspirasi

Walaupun tidak diketahui secara terperinci berapa jumlah berat yang turun, namun jika dilihat dari susuk tubuhnya sangat berbeza berbanding 2 tahun lalu. Rata-rata mula berteka-teki berapa agaknya berat yang berjaya diturunkan dan apakah pemakanan yang beliau amalkan.

Tak kurang juga yang memuji kecantikan menteri itu yang dilihat lebih muda, sihat dan tampil berkeyakinan. Ada mendakwa DS Rina Harun kuat bekerja siang dan malam sehingga berat badannya turun. Logik juga kan?

Menteri berkualiti

Jika benar seperti didakwa, DS Rina Harun patut diberi satu pujian dan penghargaan dari rakyat Malaysia. Dalam pada itu, masing-masing memberikan pendapat mengenai perkara ini dan ada yang memerhati bahawa DS Rina Harun mula turut berat badan ketika puasa tahun lepas. Fuh memang hebat kajian korang.

Mula kurus bulan puasa 2020

Walau bagaimanapun, perubahan fizikal yang dilihat pada DS Rina Harun merupakan satu perubahan positif dalam hidup. Perkara sebegini haruslah menjadi inspirasi buat semua, betul tak?

Respon netizen

Sumber : Haziq

via Ohbulan