Pihak P0lis dah tahu tempat Sajat sembunyi

Berikutan isu usahawan kontroversi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang dikatakan melarikan diri dari ditangkap pihak Jais tempoh hari, pihak polis Selangor sudah mengetahui tempat persembunyiannya.

“Kalau dia enggan serah diri, kita akan ambil tindakan,” kata Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed  ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Sebelum ini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terpaksa meminta bantuan pihak polis untuk mengesan lokasi sebenar usahawan berusia 36 tahun berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas usahawan kosmetik tersebut selepas dia gagal hadir prosiding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina pada 23 Februari lalu.

Sejak waran berkenaan dikeluarkan, pelantun lagu “Bobo Di Mana” itu terus menghilangkan diri tanpa khabar berita dan dipercayai menyembunyikan diri bagi mengelakkan dirinya dicekup JAIS.

Sumber: Kosmo Online (Nor Azihan Md. Ghazali)

 

Artikel Sebelum itu

“Minta Sajat ser@h diri pada JAIS Sebelum..” – Menteri Agama

Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamarzzaman atau dikenali ramai dengan nama Sajat dinasihatkan supaya menyer@h diri kepada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas war@n tangk.ap dikeluarkan terhadapnya bulan lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, isu itu sebenarnya boleh diselesaikan secara baik.

“Saya ingin menasihatkan saudara Sajat supaya berjumpa dengan pegawai JAIS, dan selesaikan isu ini secara baik, supaya keadaan tidak menjadi lebih tegang…
“…dan saya sudah berbincang dengan pegawai-pegawai JAIS mengenai isu ini, apa yang saya lihat tin.dakan oleh JAIS adalah sesuai dengan keadaan,” katanya.

Dr Zulkifli berkata, Sajat juga tidak seharusnya mengungkapkan kata-kata seolah-olah berhasrat untuk keluar dri agam@ Islam.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menggerakkan satu jawatankuasa hal ehwal agama atau Jawatankuasa Pemandu bagi menangani isu atau aktiviti yang berkaitan dengan penyelewengan ajaran Islam,” katanya.

Januari lepas Sajat tidak mengaku bersal@h terhadap satu pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hi.na dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii.

Sumber: Bernama

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*