Silap orang la, Dih!n@ customer kerana menjual pisang salai, Dia tak tahu aku sebenarnya bekas….

ENAM tahun terbang di awan biru, kerjaya jejaka ini sebagai pramugara berakhir pada pertengahan tahun lalu.

Menurut Azeem Asmadi, 26, dia merupakan salah seorang kakitangan sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang terpaksa diberhentikan akibat pandemik Covid-19 yang melanda.

Enggan lama meratapi nasib sedih itu, dia sempat bekerja dalam bidang hartanah selama dua bulan sebelum menemui kerjaya baharu yang lebih dekat di hati, sebagai jurujual kereta.

Mesra disapa Azeem, dia mengakui sukar untuk menyesuaikan diri pada mulanya, namun perlahan-lahan mengorak langkah demi meneruskan kelangsungan hidup.

 

“Ketika pertama kali dapat email, saya tak rasa apa-apa. Masih dalam khayalan ketika itu. Dalam seminggu, saya lihat ramai kawan-kawan yang dibuang kerja juga, barulah saya rasa sedih.

 

“Pada masa itu, saya terfikir bagaimana nak cari kerja lain. Mula-mula saya fikir nak jual insuran, tapi ramai kawan-kawan yang dah buat.

 

Dedah Azeem, dia sudah enam tahun bekerja sebagai pramugara.

 

“Kemudiannya saya beralih ke bidang hartanah, tapi ia tidak menjamin saya dapat wang dalam tempoh segera. Bagaimana saya nak teruskan hidup.

 

“Selepas itu saya hadiri temuduga dan bermulalah kerjaya sebagai jurujual kereta sejak November tahun lepas. Bulan pertama agak sukar, sekarang Alhamdulillah semakin baik,” ujarnya kepada mStar.

 

Menurut anak pertama daripada dua beradik itu, dia banyak membuat content video, berkongsi maklumat mengenai proses pinjaman dan pembelian kereta menerusi aplikasi TikTok.

Idea kreatif itu ternyata membuka pintu rezeki buatnya apabila dia semakin dikenali, sekaligus membolehkan dia meraih pelanggan menerusi platform itu.

 

“Sudah ramai yang jual kereta di Facebook, jadi saya cuba buat di TikTok. Sekarang kena cari platform untuk pasarkan diri.

 

“Biasanya saya kongsi topik mengenai pinjaman dan sebagainya. Alhamdulillah saya ada dapat pelanggan dari TikTok.

Saya juga boleh hantar ke seluruh Malaysia jika ada yang berminat untuk dapatkan kereta,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Azeem yang menetap di Batu Caves, Selangor tidak terlepas menerima persepsi negatif termasuklah yang beranggapan dia ‘menjual muka’ di media sosial.

 

Kata Azeem lagi, dia yang membuat perniagaan sampingan dengan menjual pisang salai turut menerima komen berbentuk penghinaan menerusi Instagram.

“Memang ada persepsi sebegitu, kononnya saya jual muka. Tapi pada saya, rupa paras tak memadai. Dengan rupa semata-mata, tak akan keluar sebuah kereta.

 

“Yang penting kena ada ilmu dan kemahiran. Saya anggap rupa paras itu sebagai bonus. Saya percaya kepada rezeki. Apa orang kata, saya aminkan sahaja.

 

“Ada juga orang yang pandang rendah apabila saya jual pisang salai sebagai bisnes sampingan. Saya terima mesej di Instagram.

Orang tu kata, dulu terbang tak ingat dunia, sekarang jual pisang salai je… saya biarkan saja. Kita tak boleh tutut mulut orang.

 

“Kalau nak berhenti disebabkan kata-kata orang, rugilah kita,” ujarnya lagi.

 

Kata Azeem, dia kini sudah jatuh hati dengan bidang yang diceburinya itu, namun tidak menolak rezeki seandainya berpeluang kembali ke awan biru.

 

Untuk rekod, Azeem memiliki 58,000 pengikut di TikTok.

Sumber : https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2021/03/30/bukan-sekadar-tayang-rupa-bekas-pramugara-pernah-dihina-jual-pisang-salai-tak-sangka-strategi-cari-rezeki-di-tiktok-berbaloi-ada-kata-dulu-terbang-tak-ingat-dunia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*