PKP 2.0 di Selangor, KL, Johor dan Pulau Pinang dilanjutkan hingga 4 Mac

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bermula 19 Februari hingga 4 Mac.

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang selama dua minggu bermula 19 Februari sehingga 4 Mac, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Manakala negeri-negeri lain pula akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kecuali Perlis bermula 19 Februari hingga 4 Mac.

Ismail Sabri menjelaskan Perlis menjadi satu-satunya negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

sumber : astro awani

Sebelum Itu PKP dilanjut hingga 18 FebruariKUALA LUMPUR: Kerajaan membuat keputusan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 5 hingga 18 Februari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Sarawak bagaimanapun kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Prosedur operasi standard (SOP) mengenai lanjutan PKP ini akan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita akan teruskan PKP dengan SOP lebih ketat sebagai contoh perlu dihadkan orang ramai masuk ke pasar raya bagi mengelak perkumpulan besar,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, keputusan melanjutkan PKP dibuat atas pembentangan penilaian risiko dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, KKM mengesahkan kes harian di semua negeri masih menunjukkan trend peningkatan dengan kadar positif dalam saringan kluster adalah antara 20 hingga 40 peratus.

“Selain itu, penularan jangkitan sporadik dalam komuniti juga tinggi membabitkan warganegara dan bukan warganegara.

“Sehubungan itu, atas penilaian risiko dan nasihat KKM, sidang khas bersetuju melanjutkan PKP 2.0 di seluruh negara kecuali di Sarawak yang kekal PKPB,” katanya.

Ismail Sabri berkata, larangan rentas negeri masih dikuatkuasakan kerana kelonggaran membabitkan aspek itu yang pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini menyumbang kepada peningkatan kes positif COVID-19.

Katanya, sebanyak 31 kluster berkaitan rentas negeri direkodkan sebelum ini dan atas dasar itu kerajaan mengekalkan larangan berkenaan.

“Setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan data dikeluarkan KKM dan ramai yang bertanya kenapa kita sekat rentas negeri.

“Apabila kita buka perjalanan merentas negeri suatu ketika dulu ia menyumbang kepada peningkatan kes positif COVID-19,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*