Ramai ‘panas’ tengok mak ayah datang sekampung hantar, ambil anak di sekolah – “Seharian cikgu-cikgu meratib ajar pasal penjarakan sosial”

DETIK 1 Mac pada Isnin menyaksikan murid pra-sekolah, tahun 1 dan 2 kembali menjalani pembelajaran seperti sedia kala apabila sesi pembelajaran kembali dibuka.

Pada 8 Mac ini pula, is akan disusuli dengan pembukaan sesi persekolahan bagi murid sekolah rendah tahun 3 hingga 6.
Bagaimanapun hari pertama sesi persekolahan yang dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) turut menimbulkan rasa bimbang netizen.

Tular di laman sosial memaparkan kumpulan ibu bapa yang berhimpit beramai-ramai di hadapan pagar sebuah sekolah yang tidak dinyatakan Iokasinya selepas tamat sesi pembelajaran pada Isnin.

“Seharian cikgu-cikgu meratib ajar pasal penjarakan sosial apa semua lepas to depan pintu pagar balik jadi kelam kabut dengan parents nak cari anak, dengan anak nak cari mak.

Murid pra-sekolah, tahun 1 dan 2 kembali ke sekolah pada Isnin.

“Janganlah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 3.0,” tulis seorang pelayar Twitter yang berkongsi foto itu.
Foto itu sehingga kini meraih hampir 2,000 ulang kicau (Retweet).

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen dan memberi respon menzahirkan rasa kurang senang mereka dengan apa yang berlaku.

Malah, ada yang turut berkongsi kejadian sama yang berlaku di sekolah-sekolah lain.

“Ni baru Tahun 1 dan 2 belum sepenuhnya sampai Tahun 6 lagi.

Paparan skrin posting tular itu.
“Pagi petang sama je. Penat dah cikgu atur balik ikut kelas siap suruh ibu bapa datang pukul berapa. Tapi setengah jam sebelum loceng balik sekolah dah penuh depan pagar.

“Keliru, siapa yang sekolah sebenarnya? Ramai ibu bapa lagi dari anak-anak.

“Ini bawa sekampung hantar anak sekolah,” tulis seorang lagi nerizen berseloroh.
Dalam pada itu, guru itu turut memberi penjelasan mengenai sistem yang dilaksanakan di sekolah itu, namun katanya ada kelemahan sehingga berlaku insiden sedemikian.

“Ya, kami cikgu-cikgu memang keluarkan murid-murid berperingkat selang tiga hingga lima minit.

“Tapi sebab ramai sangat dan ada ibu bapa yang tak datang awal, jadi budak yang keluar awal pun jadi tersangkut sekali dengan yang kennudian,” tulisnya di ruangan balas.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan tarikh pembukaan sekolahPada 19 Februari lalu.


Untuk rekod, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 19 Februari lalu turut mengumumkan murid sekolah menengah kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April manakala sekolah di negeri-negeri lain akan bermula pada 5 April ini. 

Murid Kolej Vokasional untuk Sijil Vokasional Malaysia Tahun 1 (semester dua) dan Diploma Vokasional Malaysia Tahun 1 (semester dua) akan memulakan pengajian pada 1 Mac ini.

Sekolah swasta pula akan mengikuti jadual pembukaan sekolah kerajaan, mengikut kumpulan A atau kumpulan B.

Bagi sekolah antarabangsa dan IPS kategori pusat termasuk pusat tuisyen boleh dibuka bermula 8 Mac 2021.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin.

Sumber mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*