Semasa

Rumahtangga sdg g0yah tapi isteri Shuk HotFM masih ‘post’ iklan, ini respon padu Rossa

Sebelum ini, nama penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar pernah mencetus kontroversi apabila dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang wanita bernama Fara Salleh. Namun isu itu reda apabila Shuk telah membuat kenyataan dan mengakui kesilapan yang pernah dilakukannya itu.

Bagaimanapun, ia kembali menjadi gempar semula semalam menerusi pendedahan yang dibuat oleh isteri Shuk sendiri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menerusi instagram miliknya.

Menurut Rossalennah, dia mendapat tahu bahawa Shuk masih lagi berhubung dengan Fara dan suaminya itu tidak pulang ke rumah dan mendakwa tinggal di rumah wanita berkenaan.

NETIZEN TEGUR ROSSA KERANA MASIH POST IKLAN

Isu kecur4ngan deejay radio HotFM dan pelawah Shuk Sahar masih belum reda. Jika dilihat pada instagram isteri Shuk, Rossa beliau telah memuatnaik beberapa iklan (paid review) di insta story dan instagram feed.

Disebakan itu terdapat beberapa netizen yang menegur Rossa. Tengah sedih sedih suami dengan wanita lain sempat lagi post iklan.

Rossa tidak berdiam diri dan mengambil keputusan untuk membuat satu kenyataan tentang itu.

“Ya mmg hidup ini teruk tapi aku pun x menolak rezeki. Skurang2nya ak cari duit HALAL. BUKAN MEMINTA MINTA DUIT ORANG MENGIKIS DUIT KELUARGA ORANG. SEKIAN TERIMA KASIH” – Rossa

Apa yang Rossa cakap itu memang betul dan kebanyakkan iklan yang diletakkan kemunkinan adalah yang sebelum perkara ini terjadi. Ini adalah mencari rezeki, takkan dia nak kena upload gambar menangis 24 jam?

Fikir fikirkan lah..

Terdahulu – Rumah tangga Shuk HotFM kembali ‘pan4s’, cur4ng lagi dengan perempuan sama

Episod pergolakan rumah tangga Shuk Sahar kembali ‘panas’ apabila isterinya dipercayai mendedahkan Shuk kembali bermain kayu tiga.

Menerusi beberapa posting dimuat naik di Intagramnya, isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan suaminya itu masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama yakni Fara Salleh.

“Selama ni aku diam dah sabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami. Tapi semakin lama diam diorang semakin menyakitkan hati. Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang,” katanya.

Jelas Rossa lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah Fara untuk meminta suaminya pulang ke rumah, namun terpaksa beredar dengan hampa.

“Allah tu maha adil naluri isteri tak pernah salah. Aku dah merayu menangis depan pintu minta belas kasihan, kau usir aku. Kau campak kasut Shuk depan aku suruh bawa balik. Apa dosa aku sampai aku kamu buat macam ni.

“Aku ada anak-anak perlu jaga. Terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak. Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala cela yang buruk demi masa depan anak-anak.

“Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak. Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku dimana,” katanya.

Anda boleh lihat antara luahan tersebut di bawah.

Pada masa sama Gempak cuba menghubungi Shuk sendiri untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Terdahulu, Shuk sebelum ini pernah dikaitkan dengan Fara sekitar Julai tahun lalu.

Walaubagaimanapun, ketika itu perlakuan curang Shuk sudah diketahui oleh isterinya dan Rossalennah dikatakan pernah berbincang secara baik dengan Fara.

Difahamkan juga, Fara sebelum ini pernah terlibat dalam kontroversi selepas didakwa dipukul bekas kekasihnya iaitu penyanyi kumpulan Hyper Act, Kecik sekitar tahun 2017

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

 

Kredit: ee sohor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *