Muatnaik foto berhijab, ramai doakan dan mahu Emma Maembong bertudung semula

Sebelum ini, pelakon cantik Emma Maemboong pernah berhijab namun membuat keputusan untuk ‘free fair’ setelah lima tahun tampil bertudung.

Terbaru, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail memuat naik beberapa keping foto mengenakan hijab berwarna biru sedondon dengan warna seluar dan tas tangannya.

Kalau suka pakai je

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat pelakon berusia 28 tahun itu berposing untuk drama terbaru yang akan membawa watak sebagai gadis bertudung.

Meskipun foto berkenaan hanya untuk menjiwai watak, namun peminat dan pengikut pelakon drama Isteri Separuh Masa itu mendoakan agar Emma terbuka hati untuk kembali berhijab.

Hal ini kerana rata-rata komen yang ditinggalkan mengatakan kakak kepada Chacha Maembong ini kelihatan manis dan jelita sekiranya mengenakan hijab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Moga Allah permudahkan

Cantiknya Emma macam bidadari!

Rindu Emma berhijab

Semoga istiqamah

Emma berkahwin dengna juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada Februari lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Shariq Gabriel yang kini berusia dua bulan.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*