RUHAINIES menghadiahkan jambangan bunga RM1,500

Jambangan bunga duit buat ibu

PETALING JAYA – Pelakon Ruhainies membuat kejutan kepada ibunya dengan menghadiahkan jambangan bunga dihiasi de­ngan wang kertas bernilai RM1,500.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, hadiah tersebut diberikan kepada ibunya, Che Bunga Salleh sempena ulang tahun kelahiran ke-60 wanita berkenaan kelmarin.

Menurut Ruhainies atau na­ma sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Ilyas, kebiasaannya dia akan membawa ibunya ke kedai emas seperti tahun-tahun sebelumnya, namun berbeza pada tahun ini mereka sekeluarga meraikannya di rumah ekoran bimbang terhadap penularan kes Covid-19 yang sema­kin me­ningkat.

“Hadiah sempena ulang tahun ibu tercinta.

“Korang boleh teka tak berapa total amount cash (jumlah wang tunai) di jambangan bunga ini?.

“Siapa betul, Anis akan pin dia punya komen,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut menitipkan ucapan selamat hari ulang tahun kepada Che Bunga.

Malah tidak kurang juga yang cuba meneka jumlah wang tunai dalam jambangan bunga yang diberikan Ruhainies kepada ibunya.

Pada masa sama, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu memberitahu, dia dan adik beradiknya sentiasa berusaha menggembirakan kedua-dua ibu bapa­ selagi mereka masih hidup.

 

sumber kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*