Lama berdiam diri akhirnya Neelofa sahkan hubungan dgn PU Riz kini pulih, banyak nasihatkan ahli keluarga

KETEGANGAN hubungan antara Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail atau PU Riz dengan ahli keluarga usahawan dan pengacara Neelofa yang hangat diperkatakan baru-baru ini sudah semakin pulih.

Menurut Neelofa, 32, sebuah perbincangan sudah dilakukan bersama semua ahli keluarganya bagi menjelaskan segala s4lah faham yang berlaku.

Neelofa nafi bercinta dengan PU Riz

“Alhamdulillah, hubungan ahli keluarga saya dengan Riz semakin baik selepas kami duduk berbincang dan menjelaskan segala-galanya.

“Apa yang saya boleh katakan, saya sangat bersyukur (hubungan keluarga dan PU Riz semakin baik).

“Apa yang terjadi sebelum ini disebabkan banyak s4lah faham dan cerita tidak berasaskan yang memburukkan keadaan,” katanya kepada mStar.

Neelofa ditemui pada sesi sidang media virtual pelancaran aplikasi islamik miliknya, The Noor pada petang Khamis.

Sebelum ini, hubungan pasangan ini dilaporkan berantakkan selepas adik-beradik bekas pengacara MeleTOP itu mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz.

Dalam sidang media itu juga, Neelofa kelihatan ceria dan kembali menyarungkan cincin tanda pertunangannya.

Neelofa kembali menyarungkan cincin pertunangan.

Neelofa turut menjelaskan dia kini banyak menasihati setiap ahli keluarganya dalam setiap perbuatan mereka yang pastinya akan menjadi perhatian netizen.

Apa yang terjadi sebelum ini disebabkan banyak s4lah faham dan cerita tidak berasaskan yang memburukkan keadaan

NEELOFA

PENGACARA, USAHAWAN

“Saya sebagai orang yang lebih berpengalaman, bergelar public figure, saya banyak bagi nasihat untuk setiap ahli keluarga saya.

“Masa keadaan tengah teg4ng, saya bagi situasi itu jadi lebih tenang dulu.

“Sekarang, kami sekarang selalu berkomunikasi, cari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua belah pihak (sekiranya timbul mas4lah),” ujar Neelofa lagi.

Bila agaknya nak ke jinjang pelamin?

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai desas-desus mend4kwa dia bakal men4matkan zaman solo, Neelofa berkata dia akan mengumumkan perkara itu jika sudah tiba masanya nanti.

“Untuk berk0ngsi mengenai benda-benda yang lebih ser1us itu, saya akan berk0ngsi kemudian. Untuk bercakap mengenai maklumat perkahwinan, saya akan k0ngsi dalam masa terdekat, Insya-Allah, ” katanya.

Untuk rekod, Neelofa dirisik PU Riz, 26, pada 1 November tahun lalu di kediaman keluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Neelofa tampil dengan aplikasi Islamik, The Noor.

Sementara itu, berkaitan aplikasi The Noor, ia dilengkapi pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan ini turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia.

Selain itu, ia juga bakal menjadi platform sehenti perniagaan dalam talian yang menawarkan pelbagai produk dan servis yang menepati syariah.

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*